Leluhur budi seorang wanita..

DSCN4062Mungkin ‘post’ ini agak terlewat kerana catatan ini merujuk kepada diari perjalanan saya pada 23hb Febuari 2013 yang lalu. Dah 3 minggu berlalu. Namun begitu  kelewatan itu tidak mungkin menghakis apa yang telah tersurat. Apa lagi, istemewanya perjalanan ini kerana  ianya adalah tentang   pertemuan saya   dengan seorang wanita warga emas  yang begitu istemewa,  bukan kerana kemewahan, pangkat atau kecemerlangan hidup yang dicapainya tetapi kerana keluhuran budi dan keceriaan hidup yang beliau tampilkan.Sinar wajah yang jernih  menambat keinginan saya untuk  mengenali wanita ini lebih dekat. Sayang sekali, saya kesuntukan masa dan tidak berpeluang  untuk mendengar  banyak tentang  kembara hidup  yang  telah  wanita ini titipkan.Mungkin dalam kesempatan yang akan datang, insyallah,   saya pasti akan berkunjung semula.

Pada saya,  mengenali seseorang itu bukan semata-mata memahami mereka dalam keadaan mereka bertindak  betul mengikut  kewajaran tetapi  juga ketika mereka tersilap membuat keputusan  dalam mengatur percaturan. Mengenali indvidu pada saya adalah keadaan dimana kita tidak punya ruang untuk jawapan negatif kepada  setiap  persoalan..saya bukan maksudkan hal berkaitan dengan wanita ini secara khusus tetapi  dengan semua orang.  Kegagalan  mengenali,  akan membentuk insan yang mudah mengadili, malah akan mula  meremehkan oranglain  hanya semata-mata  kerana satu perkara  remeh.  Kegagalan mengenali akan mengakibatkan kegagalan untuk  memahami bahawa mungkin mereka ini punyai halangan tersendiri yang tidak mampu untuk diatasi buat masa ini.

Berbalik kepada wanita ini, pertanyaan itu sebenarnya sangat mudah, iaitu” apa yang menyebabkan  binatang  peliharaan itu  mencecah ratusan ekur.” Jawapan ringkas  pasti  ada untuk soalan seringkas itu tetapi bilangan  yang sebegitu banyak  sudah tentu membawa  bersama ratusan cerita untuk dikongsi dan sayang sekali,  saya tidak ada kesempatan untuk mendapatkan jawapan sebenar. Kebetulan,  saya tidak datang bersendirian . Hati saya tidak terbuka untuk bertanya, manakan tahu ada soalan saya  yang agak peribadi bagi wanita ini untuk menjawab.

DSCN4066Bila saya bertanya  sejak bila mula memelihara kucing,  dia hanya menjawab,  “selepas kematian suami,  saya menumpukan masa sepenuhnya menjaga binatang peliharaan.Saya sangat menyanyangi kucing, matlamat saya adalah untuk membela mereka. Jika mereka sakit, mereka akan saya rawat.  Malah saya senantiasa bersedia menerima kemasukan kucing-kucing baru sekalipun kucing yang dihantar itu dalam keadaan tidak sihat atau cacat sebab itulah matlamat saya. Merawat mereka selagi ada hayat. Kalau ada yang nak pelihara, saya boleh serahkan tetapi kena betul-betul pelihara . Bukan untuk tujuan lain”.Beliau kemudian merujuk kepada satu budaya  yang menjadikan kucing  sebagai hidangan eksotik

DSCN4084Ketika saya naik ke anjung rumah, saya dapati wanita ini turut memelihara seekur kucing yang cacat sejak lahir.  Kucing ini menggunakan kaki hadapan untuk bergerak sementara kaki  bahagian belakang lemah  menyembah lantai.. Kecacatan ini menyebabkan ianya di tempatkan di dalam rumah dan bukan dalam kandang yang dibina khusus.  Menyaksikan kucing ini bergerak  sudah tentu mengundang rasa sebak kepada mereka yang mudah tersentuh. Kucing ini tidak berupaya  mendapatkan makanan sendiri dan hanya mengharap belas ihsan daripada insan yang berhati mulia untuk membantu.

Hampir kesemua  kucing yang  ada ditempat ini  diserahkan oleh masyarakat  setempat dalam keadaan sakit atau tercedera.  Mujurlah beliau mempunyai kawasan tanah lapang yang luas,  dengan landskap tanaman  seperti pokok tinggi dan bambu,memberi suasana redup  sekitar  kandang yang dibina  khusus .Suasana alam semulajadi ini sudah tentu memberi keselesaan kepada binatang peliharaan ini.  Mudahan-mudahan dengan keluhuran budi insan mulia ini, Allah sentiasa melimpahkan rezeki yang tidak pernah putus. Matlamat beliau sangat khusus, ingin melihat kucing  peliharaan ini hidup sihat selagi hayat mereka masih ada.

Apa yang sangat saya kagumi tentang wanita ini sebenarnya adalah  kasih sayang yang begitu mendalam terhadap  binatang. Membela binatang tidak semudah yang disangka. Hanya kasih sayang yang mampu  mempermudahkan segala-galanya. Apa lagi dengan  bilangan yang sebegini besar.  Bukan 10 atau 20 tetapi lebih 200 ekur. Kos penjagaan mereka bukan sedikit, bermula daripada makanan sehinggalah kepada vitamin dan lain-lain peralatan. Pemilihan makanan juga perlu diambil kira. Membela kucing maknanya memberi mereka makan mengikut apa yang sewajarnya mereka makan  tetapi bukan dengan memberi apa yang menjadi sisa kepada manusia setiap hari. Mereka juga perlu dirawat oleh doktor apabila dalam keadaan sakit dan perlu diberi vaksin setiap tahun. Kos yang diperlukan sebenarnya bukan sedikit tetapi wanita ini mengorbankan segalanya untuk membolehkan binatang peliharaan ini hidup.   20130218_113928

Ini adalah sebahagian daripada makanan kucing dipasaran. Beg berwarna pink adalah untuk anak kucing berumur antara satu hingga empat bulan sementara beg berwarna biru terang itu adalah untuk kucing  berusia 4 bulan keatas dan makanan jenis ini untuk mengurangkan bau najis sementara beg berwarna biru gelap itu adalah untuk mengelakkan daripada bulu gugur dengan banyak. Harganya tentu bukan sedikit, apa lagi dalam keadaan bilangan yang cukup besar.20130218_114054Makanan tin ini boleh diberikan hanya sekali seminggu. Makanan tin ini sebenarnya boleh juga diganti dengan ikan rebus tanpa perasa. Itu lebih baik.20130218_115042

Kucing-kucing ni bila dah banyak, mangkuk masing-masing perlu disediakan. Kalau tidak kucing ini juga pandai berebut. Untuk membolehkan mereka makan dalam keadaan harmoni, letakkan makanan dalam mangkuk  berasingan.

20130218_120414Pasir  untuk mangkuk tandas juga amat penting. Kalau tidak, kucing akan membuang merata-rata.  Terdapat dalam  beberapa pewangi seperti  ros dan orange. Ianya perlu ditapis setiap hari dan pastikan ianya tidak basah. Kucing juga  memiliki  naluri kebersihan. Jika tandasnya kotor, basah dia tidak akan membuang najis didalam mangkuk yang disediakan. Begitu juga jika mereka berada didalam rumah, mereka akan cuba menahan keinginan untuk membuang  najis sehinggalah mereka berpeluang keluar untuk membuang ditempat khas yang telah disediakan. Jadi perlu tahu jadual, bila seharusnya mereka di bebaskan.20130218_120434Inilah mangkuk tandas dan penyeduk yang saya maksudkan tetapi dulang penyaring itu lebih baik jika bilangan kucing itu terlalu banyak.20130218_114811

Gauze atau kain kasa perlu senantiasa ada dalam simpanan untuk mencuci mata kucing yang  mengalami jangkitan. Kucing-kucing ni lasak. Kadang mata tertusuk dengan rumput atau disebabkan oleh mereka bermain sesama sendiri. Wajib gunakan kain kasa, bukan kapas, bukan tisu kertas.

20130218_114720

Sarung tangan ini juga sangat penting. Kalau boleh elakkan dari bersentuhan dengan kotoran seperti  najis  kerana najis kucing mengandungi parasit yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia. Jalani pemeriksaan x-ray setiap tahun dan awas jika di gigit, segeralah berjumpa dengan doktor

20130218_114623Putik kapas juga sangat penting. Ada masa terluang, cuci telinga kucing-kucing itu dengan menggunakan putik kapas. Kucing juga tahu bahawa dia sedang dibersihkan. Dia akan diam.

20130218_160432

Cuka epal sangat mujarab untuk merawat jangkitan kulit20130218_114223 Ini pula adalah pencuci khusus untuk jangkitan pada bahagian mata tetapi air suam juga boleh merawat jangkitan terutama sekali jangkitan mata yang disebabkan oleh kecederaan seperti tertusuk.20130218_114434Ini adalah ‘tea tree’ khusus untuk merawat fungus . Cuka epal lebih mujarab untuk jangkitan yang teruk walaupun agak memedihkan bila di ‘tap’ pada jangkitan kulit tetapi ianya sangat mujarab. Ingat lagi pada kucing ‘lady gaga’ saya? kulit yang sebegitu teruk sekalipun boleh disembuhkan hanya dengan menggunakan cuka epal.

Demikianlah catatan perjalanan yang sempat saya titipkan dan juga sedikit panduan kepada mereka yang berhasrat untuk membela kucing. Apapun, bukan tentang kucing semata-mata sebenarnya tetapi tentang kasih sayang dan pengorbanan seorang insan mulia untuk menjaga binatang yang sebegitu banyak, lebih daripada 200 ekur kesemuanya..  Saya hanya berdoa supaya wanita ini terus di beri kesihatan kerana persoalan seterusnya adalah jika wanita ini pergi  menyahut panggilan illahi,  apakah nasib yang akan menimpa binatang peliharaan  ini seterusnya. Ada lagikah manusia leluhur yang bersedia untuk menjaga???

Leave a Reply