Saya masih disini..kita akan berjumpa semula

Semalam saya membuka blog selepas sebulan  berlalu. Ratusan komen yang belum sempat saya baca. Jutaan maaf saya pohon. Saya amat bersyukur dan berterimakasih diatas komen-komen yang anda berikan. Saya masih berhutang dengan anda  kerana janji saya untuk terus berkongsi belum dapat saya tunaikan. Bukan sibuk,  tetapi menulis memerlukan jiwa yang santai untuk menulis dan keadaan itu yang tidak saya perolehi sejak akhir-akhir ini. Mungkin inilah yang dikatakan usia di pertengahan abad, banyak perkara yang kita ingin lakukan tetapi kemampuan dan keadaan itu kurang mengizinkan.430624_10150574463788682_1077903750_n

Apapun, saya akan mengisi blog lagi. Saya berjanji akan kembali. Saya akan kembali dengan  dengan pengisian blog yang lebih segar disamping pengisian  Facebook page  baru yang akan saya ‘publish’ dalam sedikit waktu lagi. Mudah-mudahan segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Sebelum berundur, selamat bersama keluarga  dihujung minggu . Beriadah diluar mungkin bukan idea yang baik pada ketika ini memandangkan keadaan cuaca yang agak berjerebu. Jika terpaksa,  pakailah mask. Salam kasih sayang dan saya merindu anda.

Leave a Reply