Tumpang lalu 2016…

Jejak-jejak lepas,  di tarikh yang sama pada penghujung tahun lalu,  masih begitu subur dalam ingatan.

12410518_1103327329700684_3505227044557240179_n

Seperti baru  semalam berlaku. Waktu itu,  saya dan suami sedang berada nun jauh ke utara . Kami sengaja keluar dari kesibukan kota dan menghabiskan  penutup tahun di Simpang Mengayau. Kami pilih tempat ini kerana ada pantai, ada ombak, sunyi dan masih kaya dengan sumber alam semulajadi yang mendamaikan.

1538666_1103327653033985_860059762857093406_n

1935453_1103327699700647_471076001327060955_n

Biar berjam lamanya, kami sanggup menjadi penunggu pantai kerana kami ingin lihat panorama senja ketika sang mentari  bersiap sedia untuk berlabuh.  Suasana disekitar pantai begitu menginsafkan. Tiba-tiba terpantul  soalan bonus untuk suami.. Yang..kenapa air laut ni tidak jatuh kebawah ya??” Suami jawab pantas, masa sekolah  dulu lulus subjek apa?? Saya kata, bukan tak lulus tapi ingat-ingat lupa..mengakhiri soalan bonus, saya  sambut jawapan pantas itu dengan hilai tawa bagai suara kuntilanak yang baru siap menjamah mangsa..saya rasa lucu, kerana soalan saya disambut  perli…hahaha..

1917351_1103327436367340_5317153927628255713_n

Kemudian kami berbual lagi. Kami berbual seperti sepasang anak muda yang baru mula  membina kehidupan. Sesekali gajet ditangan mengambil peranan. Sinaran cahaya matahari yang mula pudar digaris lautan saya abadikan setiap saat dan ketika.

Kami berbual tentang  pengorbanan dan perjuangan, tentang matlamat dan harapan, tentang kasih sayang dan persahabatan, tentang tolak ansur dan pengertian, tentang cabaran dan semangat, tentang pengajaran lalu dan usaha yang bakal  diteruskan, tentang bila segalanya akan berhenti, tentang masa depan anak-anak, tentang hari esok dan seterusnya, masa dimana salah seorang dari kami di jemput Allah sedang ‘exit plan duniawi’  masih jauh di penghujung perjalanan. Bagaimana mungkin  bentuk kehidupan pada masa itu dan bagaimana mungkin salah satu daripada kami menghadapinya…Rahsia  Allah, Allah akan menentukan segalanya. Bila ianya berlaku, itulah takdir yang perlu diurus.Innshaallah..

945498_1103327799700637_2590377603715647623_n

Berbual  ditempat  begini  agak luar biasa.  Kebiasaannya,  kami hanya bercakap  tentang isu-isu  setempat dan isu semasa mengikut keutamaan tetapi disini kami berbual banyak tentang perkara lain yang belum berlaku . Kami  bualkan banyak perkara  tanpa batasan, tanpa tapisan, tanpa prasangka, tanpa perlu menjaga hati . Kami luahkan segala apa yang perlu diluahkan, kami ‘argue’ perkara yang perlu untuk di perdebatkan..tetapi akhirnya, kami berbalik kepada perkara nyata,   iaitu  dalam waktu yang tinggal sedikit, kehidupan ini seharusnya   adalah tentang  kamu dan saya. Kami terima hakikat, jika masa itu tiba kelak,  tanpa mengira siapa pergi dulu, Allah akan beri kami kekuatan untuk menghadapinya..

Suasana sepi seketika. Saya berfikir, suami juga mungkin sedang berfikir. Sebagai seorang ibu yang pernah kehilangan anak pada usia muda, saya tidak mempunyai kesukaran untuk menjangka suasana dan perasaan yang bakal hadir kelak. Saya tahu dan pasti, ianya sesuatu yang bakal merobek jiwa dan perasaan  tetapi kami berdua  tahu bahawa segalanya adalah milik Allah.  Tiba-tiba mood sedih   bertukar lucu ..tak kan dah nak pegi dah? suami pula balas menyoal.. dan seperti biasa,  saya akan merancakkan suasana itu dengan hilai tawa nenek dusun yang tiada tandingan.

1621941_1103327509700666_2233415111099004210_n

Hari ini, 31 Disember 2016, waktu seumpamanya  berulang tetapi dalam  suasana dan tempat yang berbeza.. Selamat Hari Lahir sahabat ku. Mudah-mudahan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kita punya masa lebih lama untuk saling menyokong.

IMG_20161231_230557_914[1]Hari ini, kami turut berbual tetapi bukan seperti santainya kami berbual setahun lepas. Kami juga tidak banyak berbincang sepertimana kami menyentuh banyak isu setahun lepas tetapi  kami tetap berkongsi semangat yang sama, kami masih saling menjaga dan mengambil berat antara satu sama lain. Kami sepakat untuk mengharungi segala cabaran, menelan segala kepahitan dan mengenepikan perbezaan. Selebihnya, kami berkesempatan meraikan hari lahir suami dengan ala kadar. Terimakasih  Ned dan Ian untuk kek yang unik…

IMG-20170101-WA0017[1]IMG-20161231-WA0039[1]

Tidak saya nafikan, tahun 2016 juga hebat, sehebat tahun-tahun sebelumya.  Banyak cabaran, ada kesedihan, ada kekeciwaan, kegagalan dan  ada kemarahan sana sini tetapi semua itu berlaku  kerana kami masih ingin meneruskan hidup, kami masih ada semangat untuk memberi, kami masih bersedia memikul tanggungjawab dan kami masih ada perasaan kasih sayang terhadap setiap perkara yang ada di sekeliling kami.

Saya juga gembira, kayla lahir dan  Komoyon semakin membesar.

IMG-20161112-WA0038[1]

Bila bersama cucu, ianya mengembalikan nostalgia ketika saya melahirkan ibu mereka. Mengingati segala cabaran dan kesukaran yang dihadapi pada masa itu. Cucu yang comel ini ibarat penawar kesepian dikala sunyi selagi mereka tidak meragam. Bila meragam, garis kedut di dahi saya pasti bertambah segaris setiap hari…hushhh..untuk ibu-ibu diluar sana, nasihat saya janganlah bebankan ibu anda untuk menjaga anak-anak sepanjang masa. Beri  mereka rehat dan  bahagiakan mereka selagi ada peluang, sebelum mereka pergi selama-lamanya..

IMG-20161112-WA0043

IMG-20161112-WA0007

Tahun 2016 kami turut  terima anak menantu. Akad nikah dan majlis resepsi telah diadakan di rumah secara serba  sederhana. Setelah berumahtangga, anak saya berhijrah mengikut suami.  Sesuatu yang agak berat bagi seorang ibu tetapi jodoh dan demi kehidupan dan masa depan yang anak pilih,  saya redho. Walau mereka jauh beribu batu, mereka tetap dekat di hati kami dan kami selalui mendoakan yang terbaik untuk mereka.

12400541_1105581159475301_3856674767562418527_n

 946777_1105582706141813_3119037727854757178_n

Tidak dinafikan, ada sesekali terasa sangat rindu pada kehidupan lampau.

JPEG.BLOG 2014

Ketika  mereka masih remaja,  saya selalu terpekik-pekik. Rumah kotor saya marah, lambat bangun saya berleter, anak-anak keluar malam membuat saya marah dan menelefon mereka setiap jam  kerana membayangkan bermacam perkara tidak baik boleh berlaku diluar sana.

20130811_141601

Pendek kata, radio bergerak dirumah tidak pernah tutup dan tidak pernah kehabisan bateri. Kini, setelah semuanya punya kehidupan masing-masing, rumah saya semakin bersih dan teratur  tetapi keadaan semakin sunyi.

20130211_224733

Bila terkenang saat itu,  terbit bibit-bibit rindu yang sesekali mengisi ruang kesepian yang panjang. Banyak perkara yang saya  kenang. Ketika  makan bersama, bercerita bersama dan merancang pembinaan hidup bersama. Bergaduh tentang perkara remeh temeh yang tidak masuk akal.

GK22

Segalanya menjadi satu memori yang tidak mungkin akan datang berulang. Kalau berulang sekalipun, ianya sudah jadi cerita lain pada situasi yang sudah jauh berbeza..

394403_463586840341406_1566568661_n

540033_411186132252897_1816722139_nSONY DSCSONY DSC

DSCN2671

1794780_736232839743470_977245702_n

2012-09-04 09

Namun begitu,  saya redho, walau hati sedikit tersentuh, jauh dilubuk hati, saya gembira dan bahagia untuk mereka. Semua itu adalah satu proses kehidupan yang bakal dilalui oleh semua ibubapa’ Innshaallah, perpisahan ini saya  hargai sebagai sebuah kewajipan  yang telah  di lunaskan.”

DSC04990

Ketika saya bina kehidupan dulu, ayah ibu juga terpaksa saya tinggalkan. Kini, ayah juga akhirnya keseorangan menghuni rumah ini, apabila arwah mak pergi menyahut panggilan  illahi beberapa tahun lalu..sesuatu yang pasti untuk semua orang dan semua orang hanya menunggu masa untuk melaluinya..

20130211_143640

Tahun 2016, saya juga  kehilangan kucing peliharaan,  Malaska, Panda, Kuyop, Donat, Belang, Lady Gaga, Comot, Choco, Tumera, Choco junior, white panda, semuanya telah tiada. .  Mereka semua hidup bersama kami selama sekian tahun.

2012-08-29 13.30.37

Kini, rumah ala agam mereka hampir  kosong tetapi tidak apalah miaw..terimakasih  kerana menyuburkan kasih sayang saya selama sekian tahun.

20131011_151206

Saya tahu penghujung bagi setiap kehadiran kamu itu pasti akan tiba. Kini, bila tibanya masa kamu pergi, saya harus redho dan kasih sayang saya untuk kamu akan terus subur.

1505280_10152163502853682_1348817000137646377_n

Buat anak-anak sekalian, hayatilah setiap detik yang pergi dengan penuh keinsafan. Kami dan kamu tidak punya banyak  waktu untuk bina  masa depan sebelum masa itu memerangkap kita dalam memori silam.

1010687_10152163504978682_7324545559679175409_n

Gunakan masa sebaik mungkin untuk perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan hidup sekeluarga. Banyakkan bersabar dan bertolak ansur. Perkahwinan itu adalah satu amanah, satu tanggungjawab bersama dimana kedua pihak perlu saling melengkapi.

Ditahun 2017, saya juga berazam untuk lebih  menjaga diri sendiri. Saya ingin jadi lebih  sabar, lebih bersedia dan akan terus bersemangat  menghadapi cabaran akan datang demi menjamin  kesejahteraan emosi dan fizikal  saya  di penghujung usia.

Saya ingin menulis lagi supaya anak cucu saya akan terus membaca apa saja  yang pernah saya kongsikan..Saya ingin terus bahagia, ingin terus tersenyum dan akhir sekali, ditahun 2017, saya ingin kongsi JAMU MADU KELULUT yang saya ramu sendiri dengan jenama dotdotdot..Innshaallah..

SONY DSC

Bila usia melebihi setengah abad, tidak ada yang lebih bernilai selain daripada kesihatan dan kecergasan fizikal.  Siapa yang berminat dengan jamu madu,  hubungi saya 0168068666…

Selamat tinggal 2016,

Selamat datang 2017

Leave a Reply