Selamat Tinggal Sekali Lagi

Selamat tinggal sekali lagi. 12 bulan lepas, kamu hadir sebagai pemula. Kini, perjalanan kamu hampir tiba di garisan penamat. Kamu hanya mengira detik waktu untuk menutup tirai.

BLOG 2014.19Selepas detik 12 malam pada 31 Disember 2014, kamu tentu tidak lagi  menoleh dan menyapa sesiapapun. Cerita yang kamu titipkan akan tinggal sebagai kenangan kepada semua orang. Berbahagialah mereka yang telah menyambutmu dengan segala usaha dan perancangan. Tentu kini mereka sedang menuai hasil.

SAWAH PADI

Ujian demi ujian yang kamu titipkan disepanjang tahun  amat getir bagi sebahagian orang. Luahan perasaan  sedih dan redha dengan ketentuan menjadi bacaan di media sosial setiap hari. Ada yang menganggap  kesemua musibah itu sebagai kesalahan pihak-pihak tertentu tetapi tidak kurang juga yang menerimanya sebagai ujian Allah.  Sesungguhnya menerima sesuatu itu sebagai takdir adalah kaedah  terbaik merawat hati yang sedang bersedih. Terimakasih sayang  Rusnahhanim Abdullah kerana menghasilkan tulisan  ini;-

2014…
Kehadiran mu dinanti penuh debaran…
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan…
Mengharap sinar, harapan dan senyuman…

Namun siapa sangka…
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran…

Mac 2014…
Perginya MH370 tanpa berita…
Perginya penuh tanda tanya…
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak…

Feb – Apr 2014…
Empangan kami kering…
Alam tidak sudi memberi kami air…
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya…
Mengajar kami untuk tidak membazir…

Tidak cukup dengan itu…
Alam seolah-olah memarahi kami…
Jerebu menduga kami…
Seksanya hidup menyedut udara kotor…
Mungkin dari kesilapan kami sendiri…

Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa…
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa…
Hati kami bagai direntap…
Perginya MH17 tidak kembali…
Kami terduduk…
Menangisi dan meratapi perginya MH17…
Seolah-olah orang tersayang berada di sana…

Satu persatu KAU bongkarkan…
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa…
Kebocoran soalan UPSR…
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa…

Disember 2014…
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi…
Air yang membawa kemusnahan…
Meruntun hati kami…
Namun kami tahu…
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu…

Kini…
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri…
Membuat kami ternanti…
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17…

Betapa KAU sayangkan kami…
KAU hantarkan petandaMU…
KAU hantarkan petunjukMU…
KAU hantarkan ujianMU…
Supaya kami mengigatiMU…
Supaya kami tidak lupakanMU…

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami…
Namun…
Tetap jua kami buta…
Buta dalam menilai cinta agungMU…

Kami alpa kepadaMU…
Kami jauh dariMU…
Kami kejam dengan bumi…
Kami abaikan saudara kami…
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami…

2015…
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami…
Bawalah air mata mu 2014…
Pergilah bersama deritamu 2014…
Bersihkanlah kesan hitammu 2014…
Kami pasrah…
Kami redha…

Tuhan…
Terima kasih atas kasih sayangMU…

MH370… Kami masih menantimu…
MH17… Kami harap kamu tenang di sana…
QZ8501…Kembalilah…
Buat mangsa banjir…
Tabahkanlah dirimu… Kuatkanlah hatimu…

Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014…

Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku… 

Marilah bersama tingkatkan kesabaran. Mudah-mudahan tahun 2015 hidup kita  di berkati dan di lindungi dari pelbagai musibah yang menimpa.

Hanya  beberapa jam berbaki sebelum kamu berlalu, saya ingin mengucapkan rasa terimakasih yang tidak terhingga untuk semua perkara yang kamu titipkan.

BLOG 2014.20

Bersyukur di atas rezeki Allah dan kesihatan yang membolehkan saya terus bergerak dan berusaha. Pahit sekelumit yang kamu hidangkan adalah ingatan untuk saya  lebih strategis dan berhati-hati dalam setiap tindakan dimasa akan datang.

Sesekali, kamu juga memberi saya ruang untuk ketawa terbahak-bahak hingga hilai tawa saya menembusi dinding konkrit memecah kesunyian jiran tetangga. Menikmati lakon layar kehidupan yang agak kelakar juga adalah satu nikmat.  Syukurlah kerana masih ada ruang untuk ketawa kerana kehidupan tanpa hilai tawa adalah satu mala petaka. Serius.

Tidak terkecuali,  ada hari-hari tertentu, kamu buat saya menangis. Menangis bukan kerana gaduh dengan sang suami. Jauh sekali. Bukan juga kerana kesesakan hidup . Tentu sekali bukan. Sebaliknya, disebabkan oleh jalan cerita dalam drama-drama hindi dan korea yang amat menyentuh  perasaan..terimakasih juga untuk drama buatan itu.  Semakin  berusia semakin emosi rupanya.

Pekerjaan, Keluarga, kesihatan, pemakanan, yoga dan kecergasan adalah topik utama yang menguasai kehidupan saya di sepanjang tahun 2014.

Saya begitu teruja dengan kerja-kerja saya seperti biasa.  Bekerja sendiri adalah sesuatu yang amat menyeronokkan.  Bekerja tanpa arahan, tanpa terikat  dan saya merasa satu kepuasan hidup untuk menilai hasil tanpa  mengira kecil atau besarnya hasil yang saya peroleh.  Mungkin, itulah makna kesyukuran.

Alhamdulillah, Allah pinjamkan saya seorang suami yang begitu baik dan sentiasa membantu dalam apa saja yang saya usahakan. Menerima segala perbedaan kami sebagai pelengkap kepada sebuah perkahwinan yang kami bina sejak sekian tahun. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia sahabat saya, beri kami peluang menjadi tua bersama dan  menikmati sisa hidup dengan sebaik-baiknya.

BLOG 12.2

Anak-anak  adalah salah satu sebab untuk saya terus berjuang memperaiki kehidupan. Cuba memberikan contoh dan teladan terbaik selagi hayat masih ada.  Ironinya, anak-anak ada ketikanya menjadi lawan tetapi mereka juga adalah rakan terbaik yang pernah saya miliki  diatas muka bumi. Terimakasih anak-anak,  kerana kamu tidak pernah putus asa memberi sokongan kepada usaha kami. Mudah-mudahan rezeki kamu juga bertambah di tahun 2015.

JPEG.BLOG 2014

Kesihatan saya pada tahun ini juga boleh dikatakan berada pada tahap yang agak baik. Dua kali berjumpa dengan doktor atas sebab ‘heartburn’. Seminggu jugalah rasa perit di bahagian ulu hati terutama tengah malam.

20150102_215717.JPEG

Sakit kali kedua adalah sakit yang ditempah ketika sedang lapar. Rasa tidak selesa bukan kepalang bila tulang ikan tersangkut di anak tekak. Inisiden ini bukanlah  pertama kali berlaku tetapi kali ini  tulang yang tersangkut agak istimewa, memaksa saya  mengadap doktor perubatan. Saya berpindah dari satu klinik ke satu klinik untuk dapatkan rawatan. Bermula dengan Permai Polyclinic, Perdana Poliklinik dan akhirnya ke Hospital Likas.  Pengajarannya..hati-hati makan ikan sulid. Banyak Tulang…..

“Senaman Yoga banyak membantu saya mengekalkan kesihatan pada tahun ini. Senaman yoga menjadikan saya begitu ‘flexible’ dan mengurangkan ketegangan bahu serta masalah saraf tersepit.

Disamping senaman saya juga amalkan meditasi sebelum tidur setiap malam. Alhamdulillah..banyak  masalah kesihatan melibatkan usia di setengah abad  dapat di perlambatkan. Saya mampu tidur nyenyak   seperti biasa. Tidak seperti sebahagian orang yang mengalami masalah susah tidur, berpeluh ditengah malam, jantung berdebar dan sebagainya. Alhamdulillah..

YOGA JAD

Tahun 2014 adalah tahun dimana saya terlibat dalam bidang penternakan Lebah Kelulut. Hairankan?? Orang kata bidang ini adalah untuk orang lelaki. Iya kah?? Tak salah apa..Selagi kita sanggup melakukan kerja  kasar. Saya memang orang kampung yang secara kebetulan terpaksa berhijrah untuk sesuap nasi di pusat Bandar.

Untuk memperolehi ilmu dibidang penternakan, saya telah berkursus di Mint House Camp Kubang Krian dan MARI Serdang.

PEMINAT KELULUT MARDI

Disana, saya bertemu dengan para pengajar, pengkaji dan penternak yang hebat dan berpengalaman.  Mereka tidak lokek berkongsi  ilmu.

Misi awal sebenarnya adalah untuk sekadar menguasai  kemahiran penternakan untuk disampaikan kepada golongan miskin tegar di pelbagai daerah tetapi peluang  lain hadir tanpa di duga.  Inn Shaa Allah, disamping penghasilan madu dari ladang kami dan ladang penternak yang kami latih , produk hiliran berasaskan Madu, Propolis dan Roti Lebah Kelulut akan berada di pasaran dalam sedikit waktu lagi. Saya kini dalam proses memperbaiki mutu produk . Inshaa Allah, CEPP UTM Skudai akan dapat membantu.

PRODUK HILIRAN

Madu Kelulut Asli adalah makanan tambahan saya secara rasmi  bagi tahun 2014.  Produk terbaik yang tidak perlu diragui. Ianya bukan produk kilang tetapi asli daripada kantung madu.

Alhamdulillah, produk ini telah membantu meringankan penderitaan beberapa orang kawan. Ada yang sepatutnya dijadualkan menjalani Rawatan Radioterapi kerana pembiakan sel kanser akhirnya  kembali ke rumah semula dengan  penuh kesyukuran.  Semua itu adalah  dengan izin Allah dan saya mohon dijauhkan daripada sikap takbur. Mudah-mudahan beliau terus sehat dan sejahtera bersama keluarga tercinta.

GAMBAR BOTOL MADU

Tahun 2014, cucu yang ke sepuluh lahir. Khal Komoyon Ryxler  itulah namanya. Cengeng dan sentiasa minta di belai. 

JPEG BLOG 24

Dilahirkan pada 6hb September 2014, 2 hari  selepas harijadi saya yang ke 52.  Bayi berusia 4 bulan yang memiliki kekuatan kaki yang agak luarbiasa.  Moyon bertuah kerana di sayangi oleh ramai orang termasuklah peminat tegar ini. Dalam sehari mesti tersebut nama ” Moyooon Moyooon”…

MOYON

Moyon memberikan keceriaan baru dalam kehidupan saya dan tentu sekali memberi ruang kepada kedua ibubapa Moyon untuk memahami makna kehidupan. Mudah-mudahan Moyon membesar sebagai seorang  anak yang soleh dan peroleh kejayaan dalam hidup.

Hanya selangkah saja lagi,  tirai tahun 2015 akan terbuka.  Sebagai permulaan, marilah kita bersama berdoa agar tahun 2015 lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Mulakan dengan bismillah dan berilah hadiah terawal kepada diri sendiri.  Tudung jenama Dewi dan Mawaddah pilihan saya, hadiah  untuk diri sendiri.

HADIAH TUDUNG

Warna-warna  ini akan mewarnai hari-hari  saya di sepanjang tahun. Selamat Tahun Baru dan mari berjuang lagi untuk sampai ke garisan penamat 31 Disember 2015.

Leave a Reply