Cerita 10 Januari 2015

Baru sejam dalam penerbangan, saya sudah mula terkenangkan kucing-kucing peliharaan. Saya terbayang kucing jiran yang di tinggalkan kerana tuannya berpindah ke Terengganu. Kini, kucing itu tidak berkeluarga. Mula merayau-rayau  dan membongkar tong sampah untuk mencari makanan.  Sesekali dia duduk termenung di hadapan rumah.  Mungkin mengharap diberi makan. Atau mungkin dia sedang tertanya-tanya kenapa ahli keluarga dia yang selama ini memberi dia makan sudah tidak ada. Melihat kucing itu termenung buat saya kesian dan rasa sedih.

Saya kesal  dengan sikap tuannya yang tergamak meninggalkan kucing itu terbiar.   Harap  pemilik baru rumah  tersebut berpindah masuk secepat mungkin supaya kucing ini akan ada keluarga baru dan  boleh menumpang teduh dalam rumah yang dihuninya sejak sekian tahun.

Saya tidak mungkin  benarkan perkara sebegini berlaku pada kucing-kucing saya. Saya pesan pada suami, jika saya telah tiada dan tidak ada sesiapapun yang mampu membela kucing  yang sebegitu banyak,  tolong serahkan pada oranglain untuk dibela atau hantar ke klinik haiwan untuk ditidurkan. Tindakan itu lebih baik daripada membiarkan mereka menjadi kucing gelendangan dan akhirnya dicederakan oleh orang yang tidak punya peri kemanusiaan.

Sampai di terminal senai, saya terus isi perut dengan semangkuk soto. Sambil makan,  sambil saya berfikir bagaimana menghabiskan masa siang yang agak panjang ni. Saya adalah spesis manusia yang susah tidur siang kecuali saya benar-benar letih. Saya mesti melakukan sesuatu untuk tidak membuat saya bosan.

Pertama sekali, saya rancang untuk  dapatkan  sekurang-kurangnya sebuah buku untuk dibawa balik. Kedua, saya perlu beli beberapa liter  air botol untuk di stok dalam bilik. Makan malam, tak perlu sangat. Cukuplah dengan makan  beberapa keping sushi. Kalau begitu,  saya kena mencari  kompleks membeli belah terdekat dengan hotel penginapan saya. Set!

Selesai makan, saya merayau seketika  di dalam kompleks airport Senai. Mata saya terpaku pada sebuah buku berjodol AWET MUDA  “ 7 Rahsia Kesihatan  Holistik”oleh Zainah Moktar.

20150110_195329[2]  Saya  terpaksa terbeli senaskah.  Buku ini sangat bermanfaat untuk dibaca. Bukan tentang awet muda semata-mata tetapi berkaitan dengan banyak perkara.  Anda carilah. Saya turut membeli sebuah buku catitan. Moga lebih semangat mencatit  isi-isi penting esok. Biar balik dengan ilmu yang di perlukan.

20150110_195344[1]

Seperti dalam perancangan, sebaik ‘check in’, saya langsung keluar untuk menghabiskan masa siang yang agak panjang. Mengikut perancangan awal, saya akan pergi ke Plaza Angsana untuk membeli sepasang baju kemeja jeans dan T Shirt yang ditempah kawan facebook tetapi pakcik  di hotel tu kata, elok pergi  ke AEON, lebih dekat. Cuma akak  kena jalan sikit jer.  Huhuhu..Pakcik ni punya dekat. Saya jalan kaki sejauh  1km juga pakcik ooiii.. tapi tidak mengapa. Baik untuk  meluruskan kaki  selepas duduk lama dalam kapalterbang.

Di AEON, saya habiskan 2 jam mencuci mata. Nampak gaya barang yang saya cari tidak ada. T Shirt Stuart Alan   juga tidak ada . Lain kalilah ya ondu..Sebaliknya apa yang saya jumpa adalah sebuah beg Polo yang di diskaun sehingga 70%. Mata saya tertarik dengan warnakah?

BEG POLOSPORT

Oh tentu tidak. Saya tertarik dengan diskaun. Terlajak beli satu.  Tidak lupa untuk ‘Baby Moyon’ sepasang vest yang akan dia pakai pada majlis resepsi 23  Januari nanti.

20150110_195050[1]

Penat kaki! balik bilik dan ‘update cash flow’…takut esok terlajak belanja lagi..

Leave a Reply