Awak kat mana cik kelulut??

Suatu petang maka terjadilah dialog suami isteri. Isteri : Nak hadir kursus menternak kelulutlah Yang. Encik suami : “uhhh…Menternak Kelulut pulaaa dahhhh”.

‘Cute’kan  dialog kami.  Jawapan Encik suami  membuat telinga saya sedikit berdesing. Dia respon seperti cadangan saya agak remeh dan kurang menarik.  Mungkin kerana cadangan saya itu  menyimpang agak jauh dari kebiasaan.  Ternak Kelulut????Ish..pelik sangat ke?

Iya..saya ikut sajalah. Mana tahu, ada hasilnya juga. Lagipun kalau kita tahu kaedah menternak, kemahiran itu nanti boleh kita tawarkan kepada orang kampung. Lebih  sesuai dan lebih berpotensi untuk mereka menjana pendapatan sebab hasil madu nanti kita boleh beli balik dan kita pula pasarkan. Ni asyik-asyik kita beli madu si Jaya, entah-entah selama ini kita minum madu kelulut palsu”. Saya puaskan hati dengan menjawab panjang lebar. Mengharapkan dia faham dan menyokong saya.  

Madu Kelulut Jaya turut  terkena tempias. Si Jaya  ni menjual madu di Pasar Gaya setiap hari minggu.  Suami menjadi pelanggan tetap setiap minggu sejak bulan September 2013. Harga RM25.00 untuk 350gram. Murah gila tetapi agak meragukan..

20140202_084119.7

Sampai waktunya, saya terbang ke Mint House Camp. Bukan dekat tau. Dua kali naik flight lepas tu naik teksi  ke satu kawasan yang agak terpencil. Nak makanpun kena jalan kaki sejauh hampir 1km tetapi itu bukan masalah besar. Yang penting, ilmu yang saya dapat. Banyak  perkara baru yang saya belajar dan salah satunya adalah teknik mengenalpasti madu asli dan madu tiruan. Itu yang buat saya lebih selamat mengambil madu.

Info paling penting daripada Persatuan Apiterapi Malaysia adalah 77% daripada madu dipasaran adalah palsu. Ishhh isshhh..bayangkan kalau minum madu palsu. Yang dah ada kencing manis terus bertambah kencing manis. Yang dah berpenyakitan akan terus menambah penyakit. Pesan saya, paling kurang ambil peduli tentang  kaedah mengenalpasti madu tiruan sebelum membeli madu. Pembelian kita lebih berbaloi dan menepati matlamat. Biasanya orang mengambil madu untuk sehat bukan untuk menempah sakit.

Selesai kursus, kira dah ada sedikit ilmu. Soalnya sekarang, begitu mudahkah  untuk bermula?? Saya kata dengan suami. Saya masih tidak nampak apa yang boleh dilakukan. Saya perlukan koloni untuk bermula  tetapi saya tidak tahu dimana Encik dan Cik Kelulut membina  istana  persembunyian mereka.

Demi mendapatkan info, saya dan suami meluangkan masa  melawat ladang ternakan yang  diusahakan oleh seorang penternak berbangsa Cina di Jalan Ranau Kota Belud.  Mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penternak. Itu juga salah satu kaedah menambah ilmu penternakan. Yang paling penting adalah  untuk dapatkan info siapa sebenarnya ‘supplier’ koloni.

 Huhhh..jawapan penternak  ini lagi seksi. Ayaaa..saya beli dali olang kampung ohh. Saya tia tau dimana diolang lapat. Belipun mahaii..Dari mana Bos? saya tanya. Tia tantu punyaaaa..wooo. Tiada guna punya ini. You tengok ini..mana ada naik ohh. Lugi manyak ooo. Saya sudah beli lebih satu latut koloni..kuar manyak lui. Satu taun pun belum ada lui lagi…Dalam hati saya kata” nasip kaulah apik. Pandai-pandailah urus sebab saya sendiripun belum ada apa-apa.20140208_124211_4-1.eco1

Rupanya penternakan kelulut memang  sukar jika  nektar, getah/resin dan debunga tidak mencukupi.  Kesukaran itu jelas terpancar pada airmuka penternak ini yang telah memiliki lebih 100 sarang. Kelulut tidak menggunakan ‘topping’ dan tidak kurang juga yang tinggalkan sarang.20140208_123919.8

Sesungguhnya, menternak  kelulut   bukanlah bidang  yang glamour bagi seorang wanita.20140913_133955.25 Tidak ada ruang untuk pakai lipstik, tidak ada tempat untuk pakai kasut tumit tinggi, kerja kotor, kena pegang gergaji, pegang kapak, hayun parang, kena panas.20140621_100852.26 Pendek kata menternak kelulut itu comottt!!!Tapi apalah masalah sangat!! Saya membesar dengan semua peralatan itu dan saya tidak ada masalah untuk mengguna kembali. Cangkul? Parang? Gergaji? ‘sabit? Tukul? Tombak??  Saya tetap on!!!

20140719_090225

Orang kata kami beralih bidang. Tidak buat latihan sudahkah??Ishhh..ishhh. Siapa kata kami ‘give up melatih’. Kami masih dalam bidang latihan. Kami hanya mengubah strategi latihan. Kami melatih, menternak dan memasarkan hasil pada masa yang sama.

Itulah strategi namanya. Untuk menghasilkan ‘end product’ tentu sekali lebih mudah. Selama 17 tahun dalam bidang latihan, kami berhadapan dengan cabaran untuk membolehkan peserta menjana pendapatan kerana mereka tinggal dikawasan terpencil dimana kuasa beli sangat rendah.

Saya fikir, untuk memajukan mereka, sumber paling hampir dengan peserta perlu di usahakan dan bukan sebaliknya. Melatih itu mudah tetapi memandu mereka untuk menjana pendapatan itu sukar. Kalau gagal dalam laporan pemantauan, muka tidak lagi semanis dulu untuk meminta balik. So saya kata, sesuatu perlu di lakukan dan strategi perlu berubah.

IMG_1751.6

Sekembali daripada kursus, saya termenung untuk beberapa bulan berikutnya.  Sukar untuk menjangka dimana  pembiakan sebenar Encik dan Cik Kelulut yang cantik manis. Saya mula mencari di kawasan tanah ayah di kampung halaman. Manalah tau ada sarang dimana-mana.

20140220_131402.10 Naik bukit satu hal, menuruni bukit lagi berganda-ganda halnya. Sebab itu ayah kata” Guna tongkat!!jangan sampai tergolek!. Kalau jatuh tergolek, rasa juga  sakitnya. Menuruni bukit lebih sukar berbanding pendakian sebenarnya. Jatuh tergolek juga lebih sakit berbanding sakitnya pendakian. Kena hati-hati sebab tu, ada yang turun berduduk…

20140220_131653.eco3

Kemudian beralih dari satu hutan ke satu kawasan hutan yang lain tetapi gagal. Namun saya yakin,  mereka-mereka ini pasti ada dimana-mana tetapi dimana?? pening!!20140216_124422.eco2

Pada satu pagi, ketika saya dan suami sedang bersarapan di pinggir pekan kecil,  tiba-tiba cik kelulut datang menyapa. Saya mengecam kelibatnya sepantas kilat.  Rupanya dikawasan itu banyak suku sakat cik kelulut sedang berparti-partian.  Dengan girang hati saya beri salam. Hiii! cik kelulut. Dah lama saya mencari kamu. Baru hari ini kita berjumpa. Lepas ini kita akan jadi sahabat baik . Jangan kemana-mana yer. Sampaikan salam saya kepada  yang lain sebab saya akan buatkan rumah untuk kamu.  Itu dia kegilaan orang yang menternak kelulut ni.

Dengan kerjasama seorang rakan penternak daripada Melaka, kami akhirnya melatih masyarakat kampung tentang kaedah penternakan pada bulan Ogos 2014. Ayah kata, jika kita ada sedikit ilmu, jangan kedekut untuk berkongsi. Kelak nanti ilmu itu akan berkembang dengan sendirinya. Melalui latihan itulah akhirnya, kami berpeluang memperolehi koloni yang agak banyak.

20140831_102618_2-001.11

20140913_103946_1.11

Daripada hampir 500 koloni kesemuanya, kami telah mengumpul madu kelulut asli yang agak banyak jumlahnya.

20140918_095600.13

Ketua Menteri Sabah juga sudah merasa Madu Kelulut Asli kami yer.

20141205_111210.20

Saya, malah pernah menawarkan 100kg kepada rakan-rakan dengan hanya RM150.00 sekilogram tetapi tiada sambutan. Mungkin mereka fikir, ini tentu madu kilang.

Saya bersyukur, kerana Allah tidak mempermudahkan rezeki untuk kami pada masa itu. Allah kata simpanlah dan bersabarlah dengan masalah kamu buat sementara waktu. Cari jalan lain dulu atau kunyah dulu masalah itu untuk sementara dan iya..saya berjaya kunyah hingga hadam.

Stok madu  kami  proses secara tradisional. Kami tidak masak  kerana jika di masak sebahagian daripada enzimnya akan rosak. Ada yang skeptikal, iya ke??asli ke?? Sesiapa yang tak sayang duit,  dipersilakan ambil sampel untuk dianalisa tetapi bayar sendiri yer.

Pembelajaran tentang Lebah Kelulut tidak berakhir di bidang penternakan semata-mata. Saya perlu manfaatkan stok madu, propolis dan Roti Lebah semaksima mungkin supaya segala kebaikan produk ini dapat dikongsi oleh ramai orang.

20150214_133744.eco6 Saya berkursus lagi. Berkursus dengan Encik Ramli dari Persatuan Peniaga Pokok Sena. Terimakasih Encik Ramli.  Berkursus dekat IBD UTM dan akan ada lagi tempat lain dimasa akan datang. Belajar buat krim, buat sabun muka, buat sabun gel mandian, buat scrub dan saya fikir masih banyak yang perlu dilakukan.

10

Belum berhasrat untuk mengeluarkan produk kosmetik secara serius tetapi  apa yang telah saya lakukan setakat ini agak memadai sebagai langkah awal.

Syukur Alhamdulillah kerana  suami tidak mengenal penat lelah untuk membolehkan produk-produk kami sampai kepada pengguna.IMG-20150124-WA0009.30

Permohonan untuk memasuki kilang GMP untuk membolehkan pengiktirafan GMP dan HALAL telahpun dikemukakan. Mudah-mudahan kami peroleh maklumbalas positif daripada pihak  berwajib.

20150214_133614.8

Apa yang mengembirakan, bila ada testimoni dari pengguna tanpa dijangka. Terimakasih. Mudah-mudahan akan lebih ramai yang mendapat manfaat daripada   menggunakan produk hiliran berasaskan Propolis Lebah Kelulut.

eco.7

10982356_932524193447666_4078408484049341819_nTerimakasih Puan Agnes. Testimoni iklas yang tidak pernah saya jangka. Siapa yang berminat bolehlah layari Page Saba Trigona. Kenalilah Madu Kelulut ASLI Saba Trigona dengan Produk Hiliran Jenama RIMBA TRADISIONAL HERBS..

Leave a Reply