Category Archives: My Pets

Lagi tentang Kucing…

Saya dengan kucing tidak dapat dipisahkan. Dalam erti kata lain, kucing adalah sebahagian daripada kehidupan saya. Melihat kucing terbiar amat  mengusik perasaan saya.  Malah melihat apa sahaja binatang terbiar, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah,  alangkah baiknya jika ada tempat untuk menempatkan binatang terbiar ini.  Kasihan kan! Apa lagi jika binatang tersebut  dalam keadaan uzur dan tidak terurus. Saya percaya, setiap makhluk yang bernyawa berhak untuk hidup dalam keselesaan yang wajar dan setiap insan yang sempurna  sifat fizikal dan mentalnya bertanggungjawab  membetulkan ketidakwajaran  yang berlaku terhadap binatang. Marilah bersama kita lakukan, walaupun sedikit.

Inilah rupa salah seekor daripada kucing terbiar yang  saya kutip di sekitar kedai Kingfisher pada tahun lepas. Saya beri nama “Ladygaga”. Tengoklah keadaannya masa itu. Sangat teruk. Saya bawa dia pulang, mandikan dengan apple cider, bagi dia makan vitamin, bagi minum susu dan akhirnya dia bertukar menjadi seekur kucing kampong yang sangat cantik.

photo

Masa berlalu, fizikal Ladygaga  terus berubah. Badan tumbuh subur dan akhirnya memberi saya  3 lagi ahli keluarga yang hampir serupa dan agak sukar untuk dicam buat masa ini.  Ishhh..ishhhh..comel betul cara mereka tidur. Pandai pula saling bersandaran antara satu sama lain. 20131026_102526

20131026_102824

Pondok kucing ini adalah lambang kasih sayang saya terhadap binatang.20131011_151158 Pondok ini agak besar untuk mereka. Berukuran 6’ Lebar X10’ Panjang. Binaan semi-concrete,  berlantaikan  semen/‘peables stones’ dan beratapkan  zink spandex. Didalamnya terdapat 3 tingkat pangkin berukuran  6 kaki panjang. Tengok itu,  sebahagian daripada kucing saya dengan ‘style’ yang tersendiri.

20131011_145638Setiap pangkin saya alaskan dengan kain tebal. Kucing suka tidur diatas fabrik  yang agak panas. Pasir najis pula saya letakkan di bahagian bawah dimana kucing-kucing ni boleh turun melalui sebuah lubang kecil yang dipasang   tangga menurun.  Dibahagian luar, terdapat satu pangkin kosong.  Diruang ini segala keperluan ubat-ubatan, vitamin dan makanan disimpan.20131026_111400

Dinding ini sengaja saya jarakkan supaya udara boleh masuk semasa cuaca panas .  Saya cadang untuk pasang  “Blind curtain’ dibahagian sisi dan hadapan untuk menghalang kemasukan percikan hujan semasa hujan lebat. Istemewanya, siap dengan tingkap lagi.20131026_111418

Pondok istirehat ini saya anggap cukup istemewa untuk mereka. Saya turut tanam pokok ros dan sejenis bunga yang dikatakan mampu menghalang kehadiran nyamuk disudut sempit dibahagian belakang. Saya akan mencari bunga yang lebih rendah untuk lebih menghijaukan  sudut ini.20131026_111434

Syukur! akhirnya  kucing-kucing peliharaan saya dapat merehatkan diri dalam keadaan yang lebih selesa. Tidak lagi bersesak-sesak dalam sebuah kandang.  Ada orang kata,  binatang tak akan faham tentang keselesaan. Iya ke? Samada mereka faham atau tidak,  itu tidak penting. Apa yang penting adalah apa yang saya rasa, apa yang saya percaya dan akhir sekali saya mencapai satu kepuasan dan kegembiraan kerana berbuat sedikit kebaikan kepada binatang.