Category Archives: Jasmine Damit

Salam dan Selamat Tahun Baru 2019

Tahun demi tahun, masa itu hadir dan pergi silih berganti.  Ianya memberi kita ruang melewati sebuah perjalanan  panjang, penuh warna warni,  meninggalkan seribu pengajaran dan memberi peluang untuk kita melihat kehidupan itu dari banyak sudut.

..Walau ada ketikanya  perjalanan itu  sukar tetapi  kita akhirnya sedar bahawa kesukaran itu memberi kita ruang untuk faham betapa kita adalah  insan terpilih untuk  ujud di atas muka bumi, berkongsi seluas ruang untuk sama bernafas, menikmati segala keindahan  dan seterusnya merintis sebuah perjalanan..

Alhamdulillah.. tatkala tahun 2018 bakal menutup tirai, saya sempat  menulis sedikit . Semoga tulisan ini,  menjentik naluri anda  agar melihat sejenak ke luar jendela,  mengamati lewat perjalanan yang telah anda lalui..

….Tahniah  untuk kebahagiaan dan kejayaan anda ditahun 2018…Semoga tahun 2019 menjadi tahun yang lebih baik, anda dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan…

..kepada anda yang sedang diuji, kehilangan keluarga tersayang, atau mungkin sedang dibelengu masalah kesihatan  yang  buat anda semakin letih,  semakin berputus asa… Bersabarlah..Dengar suara hati … Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu dengan hikmah pelbagai yang tersembunyi..Allah maha mengetahui..

..Ditahun mendatang, semoga kita semakin dekat. Dekat dalam konteks  ujudnya satu perhubungan maya yang sehat, saling hormat menghormati dimana  kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan apa saja yang kita sama-sama kongsikan..Yang baik kita jadikan tauladan, yang kurang baik kita jadikan sebagai titik pembelajaran. Mudah-mudahan ianya mendorong kita merintis perjalanan hidup yang lebih baik..

Selamat tinggal 2018 dan salam damai  2019…

..mohon beri ruang yang secukupnya untuk saya  bernafas ya..supaya saya boleh menulis lebih kerap dan lebih banyak perkara yang boleh saya kongsi dan kita  hayati bersama…

‘Posting’  ini adalah yang pertama dalam tempoh dua tahun terakhir. Lama sangat saya menyepi.  Benda apa  saya buat ya?? terlalu sibuk kah?? Sibuk itu tidak…

..Cuma, hidup ini ada waktunya amat mencabar..Bila itu berlaku,  seluruh tenaga  bakal tertumpu kepada apa saja cara untuk mengatasi cabaran  yang datang..

..malah dalam keadaan tertentu, cabaran itu lebih baik di biarkan berlalu begitu saja… Senyap  seketika sambil menghimpun tenaga  sebelum segalanya kembali kepada keadaan biasa..

Saya juga terima  hakikat bahawa saya kini, bukan lagi saya lima tahun lepas. Semakin berumur, bukan sahaja kecenderungan dengan sendirinya   berubah tetapi gaya hidup juga perlu diubah..Demi usia yang semakin lanjut, bukan sahaja perlu cukup tidur tetapi kualiti tidur  juga perlu diambil kira….mungkin fitrah menjadi tua ..  Sejak akhir-akhir ini, saya lebih banyak menyendiri..

Sesekali menumpang kasih  dengan  cucu bila ada rezeki dan kesempatan..Saya kira itulah fitrahnya  dan demikianlah bahagian saya yang telah ditentukan..

..Diperingkat usia begini,  penjagaan kesihatan adalah yang  utama.. Segala-galanya perlu diambil kira. Makan, senaman, tidur, emosi, segalanya perlu dalam keadaan yang bersesuaian..

Berjalan kaki adalah rutin saya…perjalanan 5km, sekurang kurangnya 2 kali seminggu . Sesuatu yang wajib melainkan jika ada perkara yang menghalang..demi  membina  otot kaki yang semakin lemah..

..Makan juga perlu diambilkira. Jika dulu, makanan sedap adalah pilihan utama tetapi kini perlu berkorban untuk ketepikan keinginan….

..dan akhir sekali,  Madu Kelulut Asli jangan dilupakan..

..selebihnya  saya memilih untuk  berada dirumah sepanjang masa.. melakukan  kerja-kerja tradisional sebagai seorang wanita yang agak tradisional..

..tengok-tengokkan cik kelulut..tanam bunga, gambur tanah, tebas rumput rampai  …

..Rutin itu berulang setiap hari..saya kira hidup yang sejahtera itu sepatutnya berlangsung begitu….tenang tanpa tekanan  yang keterlaluan…

..bukannya kehidupan yang penuh dengan tekanan dan dibebani dengan emosi yang caca marba..

..Kehidupan itu sepatutnya  untuk diraikan..untuk dinikmati, untuk dihargai..kerana kehidupan itu  singkat, rapuh dan bila-bila saja ia bakal berakhir…

Akhir kata..Selamat Tahun Baru 2019..Semoga hati-hati anda terus mekar semekar bunga ini..

♥♥♥

 

 

..