All posts by Jasmine

Cara saya berfikir, cara saya mengambil keputusan, cara saya bertindak adalah terjemahan kepada pengalaman lepas yang banyak mengajar saya tentang makna kehidupan. Mengenali saya secara lebih dekat adalah lebih baik daripada menilai saya berdasarkan kepada apa yang anda dengar.

Tentang saya…

DSCN1894Salam perkenalan untuk anda. Ini adalah posting pertama saya selepas sebulan blog ini dibangunkan..Saya tentu  teruja  tetapi perlu memahami banyak perkara sebelum benar-benar  mahir menggunakan aplikasi yang agak baru bagi saya. Almaklumlah orang lama, orang yang lahir lama sebelum teknologi terkini lahir. Namun begitu, semua itu bukanlah menjadi masalah sebenarnya. Saya boleh kata, ia bukan isu yang besar kerana saya mempunyai keinginan yang lebih besar daripada kekurangan itu. Saya tahu ianya mampu saya lakukan kerana saya ingin melakukannya. Ianya tidak  sukar,  hanya memerlukan sedikit waktu. Andaikata aplikasi ini gagal saya kuasai, oh tidak!!!saya tentu rugi . Rugi dalam ertikata, tidak dapat menatap setiap inci perjalanan hidup saya dalam dunia yang sentiasa luarbiasa ‘herbalife’.

DSCN2258Banyak kisah yang perlu saya kongsi dan catatkan kerana saya sedang meniti sebuah perjalanan hidup yang indah untuk dikongsi. Perjalanan hidup yang  sentiasa membina keterujaan saya  untuk berkongsi tentang banyak perkara, memberi ruang seluas-luasnya untuk saya meneroka erti hidup yang sebenar.  Itu bermakna, warna-warni kehidupan saya sudah pasti akan terlakar melalui blog ini tetapi, itulah yang ingin saya lakukan. Saya ingin mengatakan kepada semua orang bahawa herbalife itu sendiri adalah sebuah kehidupan dan  setiap individu seharusnya mengenali keajaiban yang ujud itu  secara dekat.

DSCN2229Membaca semula kisah perjalanan hidup saya daripada mula saya terlibat dengan herbalife sehinggalah kepada satu masa akan datang  amat mengujakan saya. Saya tidak kesah kalau ianya mengembirakan atau meyedihkan kerana bagi saya kedua-dua keadaan itu membentuk hidup saya pada hari ini. Berilah saya apa sahaja, saya akan catit dan saya akan raikannya tetapi saya ingin meraikannya bersama anda. Anda sahabat saya. Anda adalah sebahagian daripada saya kerana kita mempunyai pemahaman dan pentafsiran yang sama tentang makna  kehidupan, makna persahabatan, makna kasih sayang, makna  pengorbanan dan makna perjuangan. Denyut nadi dan alunan nafas kita diatas frekuensi yang sama. Kita adalah khalifah diatas hamparan bumi. Saya dan anda adalah pemimpin. Jika tidak menjadi  pemimpin kepada orang lain, sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita adalah pemimpin kepada diri sendiri.  Kita arif tentang itu.

20121108_130209Kerana itu, saya ingin anda bersama saya. Jenguk saya, setiap kali ada kelapangan. Rasai denyut nadi saya dan  apa yang cuba saya sampaikan. Jika bukan hari ini,  mungkin esok tetapi berilah peluang kepada diri anda untuk membaca   dan memahami setiap perkara yang saya kongsikan. Sesekali,  mungkin perkongsian saya agak peribadi tetapi  saya berkongsi  dengan penuh keikhlasan, berdasarkan kepada perjalanan hidup saya yang benar. Saya sedang mencuba untuk menyatakan  bahawa saya gembira berkongsi dengan anda. Harapan saya,  bait-bait perkongsian itu dapat  memberi panduan dan pengajaran kepada setiap salah seorang daripada anda. Kenapa? kerana anda adalah orang yang yang saya kasihi, orang yang saya sayangi . Saya ingin  anda merasai kasih sayang ini, kasih sayang yang cuba saya sampaikan melalui perjalanan hidup saya yang panjang. Mudah-mudahan kita akan membina persefahaman itu walau ianya bermula terlalu perlahan. Namun sekali lagi, cepat atau lambat itu bukan persoalan. Sebaliknya  keterbukaan dan kesediaan untuk memberi peluang kepada diri sendiri itu lebih  penting. Saya percaya ianya akan membina sebuah kerukunan  yang  kekal selagi itu yang sama-sama kita inginkan. Insyallah!!