Memori yang datang berkunjung..

Cuaca agak panas  membuat saya agak berkeringat sejak tadi tapi  saya tidak berganjak  kerana saya ingin  manfaatkan waktu terluang ini  untuk  menikmati udara segar diluar rumah . Tiba-tiba cuaca bertukar redup dan hujanpun turun dengan agak lebat. Suasana sejuk mula terasa. Bunyi hujan yang agak bising menerpa atap bumbung  dan kicauan burung  membangkitkan  suasana damai sekaligus memberi saya ilham untuk menulis. Wah!! Saya berada ditempat dimana itulah yang saya inginkan. Tanpa kipas, tanpa penghawa dingin, tanpa bunyi radio dan telivesyen. Hanya saya, hujan, bunyi burung, kucing peliharaan dan  alam semulajadi yang hanya menunggu masa untuk ditarah.

Berada ditempat begini, menjentik kerinduan saya pada masa silam. Hembusan angin dan lambaian pepohonan membangkitkan kerinduan saya kepada banyak perkara yang telah saya tinggalkan. Sebuah pondok kecil yang saya kenali sebagai rumah tempat berlindung mula menapak dalam lamunan.

Rumah kayu tanpa perabut tentunya. Cuma terdapat   satu dua rak yang dipasang pada dinding untuk menyimpan buku-buku ayah dan barangan kecil. Rumah berlantaikan  bambu dan  berlampukan pelita  minyak tanah ini sungguh istimewa dihati saya. Sangat nostalgik. Kalau tak silap saya, lampu ini adalah buatan China. Perlu diisi dengan minyak tanah. Kalau sumbu sudah habis, ayah  akan minta saya gulung cebisan kain dan masukkan dalam corong  yang tersedia.lampu kecil Sesekali lampu minyak tanah  ini diganti dengan ‘lampu pam’ terutama pada hari-hari tertentu. Sejenis lampu yang lebih terang cahayanya berbanding dengan lampu minyak tanah. Ayah kata kos lampu pam ni mahal jadi tidak boleh pasang selalu. Saya masih ingat jika cahaya semakin malap, ayah akan suruh pam lagi dan cahayanya akan menjadi terang semula. Terangnya bagai ada pesta dalam rumah.6479104.cmp

Pada dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur,  ada sekeping papan hitam bersaiz lebih kurang 15 kaki persegi . Bila waktu malam tiba, ayah akan mengajar saya dan abang mengenal huruf dan nombor. Masih segar dalam ingatan saya peristiwa lucu pada satu malam. Peristiwa itu membuat saya tersenyum, setiap kali ianya singgah dalam lamunan  saya .papan hitam

Sekitar  jam tujuh setiap malam, ayah akan mengambil sedikit masa untuk  mengajar kami menulis, membaca dan mengira.. Semuanya  dalam bahasa melayu tapi malam itu cara pengajarannya berubah sedikit. Ayah suruh kami mengeja dan menyebut perkataan ‘LIGHT’.  Gerun saya sekejap. Nasib kurang baik untuk abang, dia  kena dulu. Tanpa membuang masa, abangpun mengeja.  L.I.G.H.T. Sebutan ejaan memang  betul tetapi sebutan perkataan salah.  Abang sebut “LIGET”. Waduhhh!!!saya senyum sekejap kemudian ketawa terbahak-bahak dalam hati. Ketawa terang-terangan tidak berani sebab  saya takut disoal. Satu sebatan singgah ditapak tangan abang. Abang tidak menangis. Dia hanya tunduk seolah-olah mengakui kelemahannya. Selepas itu  membaca terus seperti tidak ada perkara yang terjadi. Anak-anak zaman dulu sangat hormat kepada  orang tua.1044498_682841365066103_1476533724_n

Kerja ayah adalah petani tetapi sambil bertani, dia juga belajar. Mengikut cerita ayah, dia pernah bawa abang kesekolah kerana ketiadaan penjaga. Dia begitu bersemangat untuk belajar walaupun telah ada anak. Setelah tamat  darjah 5 diakhir  tahun 60an, dia telah diberi kepercayaan untuk mengajar kelas dewasa dan mengurus sebuah kedai runcit koperasi kampung.  Sepatah dua perkataan bahasa inggeris yang diajarkan kepada kami mungkin  adalah sepatah dua perkataan bahasa inggeris yang juga dia pelajari disekolah.

Sebatang rotan berukuran 3 kaki panjang  adalah sebahagian daripada cerita saya dan abang. Rotan itu sentiasa tersimpan kemas diatas papan hitam. Kesilapan menyebut perkataan  ‘LIGHT’  adalah  salah satu daripada masa ianya diturunkan. Huhhh..bila ayah mula mengajar, sayapun mula  risau. Risau tak dapat jawab.

Ruang tamu termasuk tempat tidur hanya  berkeluasan   300 kaki persegi. Berlantaikan bambu dengan hanya ada dinding pemisah ke ruang tidur. Itulah satu-satunya  bilik tidur untuk kami sekeluarga, bertilamkan tikar dengan kelambu kain putih yang saya percaya juga adalah buatan China.

Dibait ini, membuat saya sedikit  emosi, betapa indahnya perasaan pada masa itu,  rasa selamat dan bahagia sungguh kerana memiliki ayah dan ibu disisi.  Mereka berdua begitu menyayangi kami adik beradik dengan cara mereka sendiri. Betullah, kehidupan ini hanyalah sebuah perjalanan. Yang nyata,  ibu yang begitu saya sanjungi telah tiada, ayah semakin uzur dan adik beradik kesemuanya semakin jauh.

Dibahagian tepi sebelah kanan,  ada para khusus  setinggi tiga kaki untuk menyimpan padi  yang masih berjerami. Musim menuai adalah saat-saat yang sibuk untuk kami . Setelah padi dituai, ianya perlu dipisahkan dari jerami dengan cara memijak dan memintal gumpalan jerami. Padi yang dipisahkan akan terus jatuh ke lantai bawah dimana padi-padi dikumpulkan.

Di sisi belakang ada sebuah pondok beratapkan zink yang sentiasa penuh dengan kayu ‘bulian’. Kayu ‘bulian’ itu adalah untuk dijual. Ayah tebang dan potong sendiri menggunakan “chainsaw” . Kadang-kadang saya  juga terlibat  mengangkat terutama sekali kayu kayu kecil yang sesuai untuk dijadikan tiang pagar dawai berduri. Kawasan rumah ayah sangat lapang, tanpa pagar tetapi kami tidak pernah merasa tidak selamat. Setiap petang, saya, abang dan sepupu yang lain akan menghabiskan masa petang  bermain ‘kingki'{ bahasa ibunda} bermain  batu, bermain tali, main sembunyi-sembunyi, main sumpit-sumpit dan sebagainya…ishhh..facebook tidak terbayangpun pada masa itu.1174922_381487625312082_1497004156_n

Itulah memori silam saya sebelum segalanya berubah sebaik sahaja ayah berpindah ke Ranau pada tahun 1974. Tiba-tiba saja, segalanya menjelma dalam ingatan. { Saya tersenyum seketika} kenapa memori ini hadir dalam lamunan?20131124_191744Suasana redup telah menghubungkan saya dengan kehidupan lampau?  atau itukah  petanda saya semakin berusia?. Doktor James Jeremiah kata,  kalau kita mampu mengingati  peristiwa lampau dengan jelas tetapi lupa tentang perkara-perkara baru,  itu adalah tanda kita dah semakin berusia. Senyum Dr. James terbayang seketika dan mengenangkannya membuat saya tersenyum. Sayu dalam senyum itu lebih tepat. Apapun,  saya bersyukur kerana kemampuan mengingati masa silam itu juga adalah satu kenikmatan hidup.

Dari  atas gazebo, saya dapat menghirup udara segar. Sudut ini juga memberi saya  sedikit ruang untuk  melakukan terapi mata. Orang kata bila usia semakin lanjut, disarankan  menatap daun-daun yang hijau kerana ianya mampu  memperbaiki tahap penglihatan. Sebaiknya ambil masa 10-15 minit setiap awal pagi untuk menatap bunga-bungaan.20131230_180505 (2)

Ketika saya tamatkan penulisan ini, tahun 2013 baru saja  melabuhkan tirai. Masa begitu cepat berlalu ya. Saban tahun umur kita semakin singkat. Saban tahun kita  mencipta sejarah dan perisitiwa . Saban tahun juga kita dititipkan  dengan pelbagai cerita dan perisitiwa. Peristiwa yang tercipta meninggalkan pelbagai emosi. Sedih, gembira, teruja dan sebagainya.20131223_162446 Saya juga tidak terkecuali dan seperkara yang membuat saya amat bersyukur adalah kerana saya mampu dan mempunyai masa untuk melahirkan segala keterujaan itu dalam bentuk tulisan sekalipun melalui penyusunan ayat yang agak sederhana.  Apa yang saya luahkan adalah diri saya dan ianya memberi saya kepuasan dan ketenangan. 534278_422143717892160_411989748_n

Tahun 2013, kehidupan saya turut  diwarnai oleh pelbagai peristiwa. Ada sebahagiannya, saya anggap sebagai peristiwa besar. Banyak juga  yang telah saya kongsi  sebelum ini. Semuanya tentang saya. Mungkin agak berterus terang tetapi itulah saya dan tidak ada perkara yang menjadikan saya rasa bersalah kerana meluahkannya. Diusia separuh abad, saya masih bergelut dalam  pembinaan hidup anak-anak. 20131224_120117Saya cuba memberi contoh yang sebaik-baiknya kepada mereka. Tentang pentingnya disiplin dalam pekerjaan, tentang pentingnya penyampaian yang berkesan. Tentang pentingnya kecekapan dalam setiap urusan. Saya berkorban tanpa batasan dengan harapan mereka menjadi manusia yang  mampu menghargai kehidupan. Saya semakin letih dan tidak lagi secergas dahulu . Mungkin telah sampai masanya saya meletakkan had pemisah untuk semua orang. Saya perlu ujudkan ruang terbaik untuk diri sendiri. Mudah-mudahan, apa yang saya hajatkan akan tercapai di tahun 2014.

1236630_633814386639248_172877000_n

Bila tahun bertukar angka, setiap orang akan saling bertanya, “ Azam apa untuk tahun baru?”. Soalan biasa. Ada yang benar-benar serius memikirkannya tetapi ada juga yang hanya terikut-ikut. Ada yang dibuai oleh angan kosong. Ikhlas dari saya, berilah yang terbaik untuk diri sendiri, setiap detik, setiap ketika. Terimakasih untuk semua pengajaran yang dititipkan oleh tahun 2013 dan marilah sama-sama bersedia untuk menghadapi cabaran tahun  2014.999613_415255268581005_1412989150_n

Sebelum saya mengakhiri, penghargaan saya ingin berikan kepada sesiapa sahaja yang telah memuat turun gambar-gambar yang telah saya gunakan untuk melengkapkan blog ini. Mohon dihalalkan dan terimakasih.

Selamat Tahun Baru 2014.