Emosiku disebalik skrin..

Pagi yang agak ‘boring’ sebab pasaran agak suram. Bila ‘market’ suram. Ada ketikanya emosi juga suram. Apa lagi jika  berhadapan dengan kecelaruan emosi akibat  mengejar harga semata-mata kerana  ‘buy call’ yang tidak sendiri kita sahkan . Nak sahkan apa pula? Takkan pasaran saham juga ada main sah-sah? Macam tok kadi minta pengesahan nikahlah pula.  Ada beb! jangan main belasah, nanti kena belasah.1175571_512431975498594_1296166898_n

Kata sahabatku, jangan percaya  membabi buta kepada ‘buycall’ daripada kawan-kawan saham sekalipun daripada mereka yang sudah berada lama dalam pasaran saham.  Setiap kali dapat ‘buycall’ ‘validate’  dulu. Nak ‘validate’ macam mana? ‘validate’ dengan cara menyemak data yang anda ada tentang syarikat, lihat chart, jika faham. Kalau tidak semak dengan  ‘setup’ yang lain pula.   Jangan kejar harga,  jangan lihat industri ini dari sudut yang indah sahaja. Matematiknya ringkas. Jika kita rasa mudah untuk cetak duit didepan  skrin komputer maka mudahlah juga untuk duit hilang disebalik skrin. Sebaliknya beri penumpuan kepada  gelagat songsang disebalik pasaran.  Sifat kenaikan harga. “volume’.  Semua nilai  itu mewakili emosi pelabur dan  tangan-tangan gaib yang mengawal sesebuah kaunter.Terimakasih sahabatku.1234290_632281240136281_381755627_n

Saya menghargai pandangan anda,  insha allah ianya akan  menjadikan saya lebih bijak memilih selepas ini. Berusaha sebaik mungkin  untuk  masuk  dan keluar pada masa yang sesuai. Tidak lagi menerima ‘buy call’ secara membabi buta. Tambah sahabat saya   lagi, “ Buy call’ itu satu pendekatan yang baik kerana ianya mendekatkan kita kepada kemungkinan peluang tetapi kriteria kaunter  yang di ‘buy call’ itu belum tentu bertepatan dengan situasi dan kemampuan pelaburan untuk semua orang. Kenapa? ada faktor lain yang perlu diambil kira. Contohnya: adakah modal anda mencukupi jika berhadapan dengan ketidaktentuan dalam pasaran.  Jadi anda  bertanggungjawab untuk ‘validate’ sebelum tekan butang ‘buy’.” 1233343_415630161876849_792991848_nJika begitu keadaannya,  menentukan satu ‘trading strategy’ yang bersesuaian dengan keupayaan sendiri adalah amat penting. Dulu saya tak tahu sepak terajangnya.  “Newbie” katakan. Ciri-ciri pemain industri itu silap saya tafsirkan. Bila dah terkena baru saya tersentak dan saya mula mengimbas kembali permainan XY Game yang disimulasikan  melalui program pengujudan usahawan mara yang saya hadiri pada tahun 1995. Bagaimana tauke karam sing dan tong tai memanipulasi emosi pelabur dalam usaha untuk menjuarai permainan. Kawan saya Zul sampai pengsan sebab dalam simulasi itu kami menggunakan duit sebenar. Rupanya MARA memberi pendekatan  yang sangat releven melalui  simulasi itu. Pasaran saham itu adalah pertarungan diantara  yang pandai dan  kurang pandai{ saya tidak mahu menggunakan perkataan bodoh dan gelojoh, tak manis rasanya} . Saya andaikan mereka sebagai A dan B.  Si A akan membaham si B . Jelasnya, yang dalam kategori B akan rebah dan tersungkur. Untuk menjadi juara, sudah tentu kita perlu mencongak, siapa kawan dan siapa  lawan . Yang beremosi bakal rebah dan tersungkur. Bila tersungkur, kita  akan mula menyalahkan orang, salahkan cikgu, salahkan  si polan yang buat ‘buy call’. Tentu sekali saya juga akan berkata-kata tetapi akhir sekali,  orang yang bertanggungjawab akan menolak rasa tidak puas itu ketepi dan menerima kegagalan itu sebagai kelemahan peribadi dan berusaha  menjadi lebih strategik sebagai pemain industri dimasa-masa akan datang. Akuilah kelemahan kerana terlalu  bergantung kepada oranglain. Belajar dari segala kelemahan.

1229966_10151856688688914_38965816_n

Kegagalan itu adalah sebahagian daripada proses pembelajaran .{ Bukan nak ‘justify’ } saja memujuk diri sendiri tetapi sebenarnya jika kita merasai kegagalan, mungkin kita perlu rehat seketika tetapi mengalah mungkin satu kerugian kerana siapa tahu,  kita  berdiri hanya setapak dibelakang. Perseoalannya, bagaimana mungkin kita  mengorak langkah seterusnya? Tentu sekali pelaburan dalam ilmu. Anggap itu sebagai ujian Allah. Allah marah orang yang gelojoh. Allah marah kepada orang yang tidak mempunyai timbang rasa terhadap diri sendiri. Allah marah kepada orang yang tidak berhati-hati.

Jadi, bersedia untuk  menjadi lebih baik? Kalau iya, apa yang sedang berlegar di kotak fikiran anda? Mari bersama kita mencari ilmu. Jadikan penghujung minggu itu sebagai hari pencarian ilmu. Ikut ‘ group coaching’, baca buku berkaitan saham,  atau berjumpa dengan kawan-kawan saham. Bagi saya, pencarian ilmu daripada beberapa sumber itu penting. Supaya saya mampu menentukan  ‘trading strategy’ yang paling bersesuaian. Insha allah, ‘improvement’ itu ada.  Akan datang,  bila dapat ‘buy call’, saya tidak lagi ‘buy’ membabi buta.  Saya akan ‘validate’ terlebih dahulu. Terimakasih  Tuan Haji Ahmad Rosdi dan Tuan MK Experience. Saya amat menghargai komitmen yang tuan-tuan  tunjukkan demi  mempastikan kami tidak tersasar daripada landasan. Begitu juga dengan Tuan Don Trader yang banyak mengetengahkan ilmu kerohanian dalam mempersiapkan  anak-buah dari segi kekuatan  mental dan spiritual dalam berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran. Sekali lagi, terimakasih. Tuan-tuan semua telah melakukan yang terbaik.20130921_174142 Melalui sistem ini, saya harap dapat meminimakan risiko kerugian .  Wahhh!! cakap sendiri, dengar sendiri, sendiri mau ingatlah!!! Lu ada pikir kahh!!!.: {Tersengih seorang diri} Dulu-dulu biasalah saya langgar tetapi akhir-akhir ini, saya semakin matang dan bersabar. Sabarrrrlah sangat.[ Tersengih lagi}  Betul!! Insha allah, saya akan catat peringatan ini diatas dahi saya yang luas setiap saat, setiap ketika.

Serius. Saya tidak pernah berhenti untuk menjadi lebih baik sebenarnya. Saya banyak bertanya rakan-rakan FB. Saya tak segan untuk sms, pm atau berjumpa sekalipun. Nak cari maklumat percumalah katakan. Terlalu ramai otai saham yang bersedia untuk membantu. Malah ada juga yang begitu bertanggungjawab dalam memberikan khidmat nasihat. Ini adalah salah satu daripadanya. 20131009_085511Terimakasih tuan MK. Betapa saya rasa begitu selamat menerima penerangan seperti ini. Kalau dapat jumpa dengan otai-otai saham ni memang best. Tips dan maklumat  masuk poket bagai air sungai mengalir tanpa henti. Namun, ada ketikanya juga juga yang berfikiran agak negatif, agak ‘conservative’. Mungkin ada yang fikir, wah!! nyonya ni  nak mengorat aku kot!! { tergelak seketika} Saya ni orang yang praktikal. Saya lebih gemar melakukan perkara-perkara yang nyata. Lebih nampak keterbukaan dan keikhlasan . Marilah bersama mengamalkan sikap keterbukaan dan saling menghormati.{ :-)}

Inilah tempat saya trading setiap hari.20130916_100523Dibawah tu saya sediakan satu alat untuk saya senam, mengelak daripada terlena duduk terlalu lama dan menyebabkan sakit tulang belakang. Setiap kali “market’ suram, saya akan beredar. Kemana? Ketempat ini.20131011_134901{ Tertanya-tanya} adakah sesiapa yang tidak pernah melalui suasana stres dalam berhadapan dengan pasaran saham?  Bertuahnya mereka. Tuan MK kata dalam keadaan tertentu, nak ambil masa ketandaspun payah. Saya setuju. Fesyen saya agak berbeza{tersengih} Saya akan terus kebelakang rumah dan  buat apa sahaja yang berpatutan.  {tersengih lagi}   Apa susah,  segala macam ‘tools’ ada. Cangkul, sabit, tombak, penyeduk, penyapu, ‘jet spray’, vakum,  semuanya ada. Cuma tinggal pilih, alat mana yang termampu dipikul. Kalau rasa-rasa bertenaga, hah…angkat  cangkul dan teruskan kerja-kerja mencangkul. Syukur masih ada sedikit tanah dibelakang rumah. Bila stress, tak rasa penatpun menghayun cangkul seharian. Memang tanah ni bertuah. Siapa kata tanah itu menjijikkan???Esokkan kita akan masuk ketanah juga. Warna tanah itu indah, walau tanah liat, walau tanah berbatu, walau tanah kering, ianya tetap tapak bertuah. Yang mampu berpijak diatas tanah juga bertuah. Bayangkan  saudara mara kita yang tinggal di negara jiran.  Tidak berpeluang bercucuk tanam. Walau bunga dalam pasu sekalipun, kalau tidak kena gaya, destinasi pasu seterusnya adalah lori pelupusan sampah. Syukur alhamdulillah kerana saya lahir di bumi Malaysia, “Tanah Tumpahnya Darahku!!. Bertuah kerana saya bebas melakukan kegilaan  kepada tanah, mempergunakan  semua peralatan kerja-kerja kampung saya dibelakang rumah. Lihatlah dimana saya mencangkul, “ engkau ada?” { Senyum lagi} Itu dihujung tu.  Dah korek sedikit dah. Nak buat kolam dan bina mini  ‘gazebo’ tempat khusus saya untuk ‘trading’ kelak. Masa kecil dulu,  melakukan kerja sedemikian merupakan satu beban tetapi umur meningkat, keadaan berubah. Kini bukan lagi beban tetapi keseronokan dan kepuasan.

Sempena dengan Hari Raya Haji yang jatuh pada hari esok, saya dan suami  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kita jumpa lagi pada hari rabu, didepan skrin dengan cerita yang lain pula. Wassalam.DSC05700-1