Umrah Pertamaku-Bahagian 2

Syukur Alhamdulillah. Umrah pertama saya melalui Tabung Haji Travel telah berjalan dengan sempurna dan kembali dengan selamat pada malam 15hb Mei 2013. Perjalanan  ini menyediakan pelbagai perisitiwa untuk saya kongsikan bersama. Mungkin ianya akan menguasai pengisian blog saya untuk tempoh  yang agak panjang bermula pada hari keberangkatan sehinggalah pada hari kepulangan dan berapa pantas ianya dapat disempurnakan?? jawapan saya adalah bergantung kepada berapa cepat penulisan itu mampu saya sempurnakan.

Hari Keberangkatan-4 Mei 2013

4 Mei 2013, saya bangun sekitar jam 2.00 pagi untuk membuat persediaan lebih awal. Sekalipun persediaan berdasarkan checklist telah saya siapkan sejak beberapa hari lalu dan perkongsian dengan jemaah terdahulu melalui blog mereka banyak membantu tetapi ianya tidak membina sepenuhnya keyakinan saya untuk mempercayai bahawa segala-galanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Maksudnya, saya mungkin ada keperluan yang sedikit berbeza dan saya perlu semak dan semak lagi sekalipun disaat-saat akhir.

Malam itu, kaka tidur diatas bahu sofa yang saya letakkan disudut bilik tidur. Perangai yang ditunjukkan agak ganjil seperti merasai akan ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama.

DSC00637

Gerak-geri kaka seperti mengawasi persekitaran agak pantas. Sesekali dia melabuhkan dagu diatas bahu sofa sambil memandang tajam kearah saya. Saya cuba redakan keresahan kaka dengan mengusap lembut kepalanya yang agak munjung  tetapi kaka sembabkan muka  ke bahu sofa seperti  anak kecil yang menunjukkan rajuk tak sudah. Ohooo…Kaka sedih rupanya. Betullah orang kata, kucing ini sebenarnya memiliki naluri seperti manusia.

Tepat jam 6.00pagi, saya mencapai beg sandang sebagai tanda saya akan berangkat,  kaka dengan pantas meluru keluar mendahului saya. Dia sedar dia akan ditinggalkan. Hati saya agak tersentuh sebenarnya. Apa lagi ‘black and white kiram” baru sembuh daripada demam.

20130501_100009

20130501_095936

Oppss..kenapa perlu saya sedih? kenapa harus  dirisaukan sedangkan kucing-kucing ini kelak akan dijaga dengan baik. Raslin telah saya ‘brief’ dengan jelas.  Jadual makan, apa yang harus diberi, kekerapan mengganti kotak najis, dan berapa kerap hidangan ikan harus diberikan. Malah kenderaan peribadi saya telah saya serahkan kepada Raslin untuk memudahkan perjalanan sepanjang ketiadaan saya.

Suami saya kata saya  harus berangkat dengan jiwa yang tenang demi untuk jiwa yang lebih tenang tatkala menjadi tetamu Allah. Dalam diam saya  mohon Allah kurniakan sifat sabar dan rasa tawadukk yang mendalam. Saya terlalu kerdil untuk mengakui betapa  iman saya masih terlalu lemah sebenarnya. Namun saya tidak  pernah berhenti berdoa, mudah-mudahan saya terhindar daripada  sifat mazmummah dan seterusnya menganjakkan keimanan saya di penghujung keredhaan.

Pagi itu, Deza dan Raslin telah menghantar kami ke KKIA. Ian, Ira dan Adi?? Mungkin mereka terlalu sibuk malam sebelumnya. Sementara menunggu semua urusan kaunter selesai, kami sempat  bersarapan di “airport cafe”. Rasa yang tidak menepati selera saya. Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana Allah anugerahkan deria rasa yang sempurna  membolehkan saya menilai apa itu rasa makanan.

20130504_074458_1-1

Bercakap pasal duit, saya membawa tunai RM300.00 sahaja berserta dengan SR2,300.00. Tak sah jika saya tak kongsi baki Riyal saya yang tinggal.

20130519_120239

Mungkin ada barang keperluan yang sesuai untuk dibawa balik. Sehari sebelum berangkat, saya telah membantu bapa menukar tunai kepada SR600.00. Dia turut membawa bersama RM700.00. Dia juga  kata tidak perlu beli apa-apa kecuali barangan antik. Bapa saya memang peminat barang antik. Salah satu daripada barang antik milik beiau adalah wang syiling  ini. Ianya telah dibeli pada tahun 50an  dengan harga RM20.00. Nilai RM20.00 pada waktu itu tentu  agak tinggi.

20130428_091654

Suami pula cuma ada SR600.00 berserta RM1,000.00 tunai sebagai persediaan untuk perbelanjaan luar jangka. Dia kata jika ada keperluan, boleh ambil dekat ATM Arrajihi Bank dekat Mekkah kelak. Huhuu..tinggi harapannya. Oklah saya kata, elok juga . Bawa tunai berpatutan sahaja.

Jam 8.00 pagi kami ‘check in’ dan sempat memberikan beberapa ‘pose’   untuk diabadikan didalam blog. Siapa tahu, dengan ketentuan takdir inilah kali terakhir untuk saya berada disini. Bersikap pasrah seketika.


20130504_074011

20130504_102451

KKIA bersedia untuk berangkat

Sebagai persediaan, saya telah membawa bersama sebotol herbal aloe dalam beg tangan. Idea saya adalah supaya jika berlaku sebarang gangguan sistem penghadaman  dalam perjalanan, herbal aloe tu  boleh saya  minum terus untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah yang lebih teruk dan menjejaskan perjalanan saya.

20130504_081606

 

Tiba-tiba saya disuruh buka beg tangan. Pegawai Imigresen meminta saya tinggalkan botol tersebut kerana dia kata cecair tidak boleh dibawa dalam pesawat. Berlakulah sedikit soaljawab. Helooo..saya tidak masukkan dalam kargo sebab ianya saya perlukan semasa perjalanan. Akhirnya saya memenangi sesi yang ringkas itu. Syukur alhamdulillah!!

Pesawat Royal Brunei yang kami naiki singgah sebentar di Brunei Darussalam untuk membolehkan Jemaah dari Indonesia bersama kami. Eloknya mereka semua berpakaian seragam yang mungkin disediakan  oleh ‘travel agent’ mereka. Saya sempat berkenalan dengan seorang Jemaah wanita. Karimah namanya.

20130504_102403

Seorang tukang jahit pakaian seragam dari Jogja. Ini adalah umrah beliau yang kedua selepas yang pertama pada tahun 2012. Soalan bonus pertama saya untuknya. Berapa kos umrah dari sana mbak??20 juta  mbak jawabnya. 20juta rupiah dibahagi dengan 2,500 bersamaan dengan RM8,000.00. Ohh..lumayan juga ya jawab saya. “Tahun lepas saya bayar 30juta rupiah  tapi kali ini saya ambil murah sikit. Indak cukup biayanya, tapi syukur kalau kita niat nak pergi, Allah akan beri rezeki lebih” sambungnya lagi. Dalam hati saya berkata, tahun lepas ibu pergi umrah dengan kos 30juta rupiah dan ini baru tahun 2013 pertengahan tahun, ibu pergi lagi. Memang benar apa yang ibu ungkapkan!

20130504_105654

Suami pula berkenalan dengan Jemaah ini. Nama dia Ehsan  berasal dari Kabibatan Sambas (Kota)   Kalimantan. Sebuah pekan kecil  yang agak hampir dengan Pontianak. Berumur 25 tahun dan  seorang  petani.  Sekali lagi saya kagum,  biaya umrah  juga  mencecah RP20 juta bersamaan dengan RM8,000.00. Namun berkat ketekunan menyimpan sedikit demi sedikit, akhirnya mampu mengerjakan umrah diusia muda.

20130504_101557-1

Jam 11.00pagi,   kami   bertolak   dari   Brunei   ke Jeddah dengan   pesawat    Boeing 777-200.  Penerbangan mengambil  masa 9 jam 15 Minit. Oppss…agak meletihkan. Seperkara yang agak merisaukan saya melalui penerbangan yang sebegini jauh adalah ketegangan tengkuk yang boleh mengakibatkan masalah lain kerana saya  mengalami ‘cervical spondyliosis’. Masalah kesihatan  yang menjadikan  tengkuk  agak sensitif. Postur tak boleh salah atau terbeban walau sedikitpun tetapi saya  dah bersedia dengan ‘neck pillow’.

20130519_120457

Syukur, dengan izin Allah sehingga kami mencecahkan kaki di bumi Jeddah, segalanya terus berada dalam keadaan baik.

Melewati perjalanan yang sebegitu jauh terutama sekali berada dalam pesawat membuat saya agak bosan. Apa yang menarik untuk ditunggu ialah menu; Inilah dia makanan pertama yang disajikan. Alhamdulillah! orang kata bersyukurlah keatas setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan  kerana   itulah yang terbaik  untuk kita  pada ketika  itu. Iya,  walau sakit dan mencabar sekalipun kerana ianya dijadikan dengan sebab dan hikmah yang tersembunyi. Kita harus mensyukurinya..

021

 

Selesai makan, saya tercari-cari lagi. Mencari sesuatu untuk dibaca, majalah? sudah selesai! malah ini juga siap saya telaah! sambil-sambil meluruskan kaki dan tangan. Nasib baik juga sebelum ini saya aktif dengan yoga. Satu aktiviti yang membantu dalam keadaan sebegini.

DSCN4790

Kemudian saya mencapai ‘earphone’ buka beberapa ‘channel’ melalui punat-punat yang kurang saya fahami tetapi demi kerana suasana, tekan sajalah mana-mana punat yang menjadi. Zikir, doa, lagu-lagu, movie dan habis saya geledah. Kenapa jugalah ‘movie’ ni semuanya keluaran 60an dimana pelakun lelakinya masih bermisai kotak empat segi… Sesekali beralih kepada panduan penerbangan yang memaparkan peta dunia dan lokasi pesawat pada masa itu. Subhanaalah..saya tidak mampu gambarkan perasaan pada masa itu. Ingin sampai seberapa segera..keterujaan yang belum tercapai.

20130504_211015

Kelihatan kaabah semakin hampir.

Indahnya alam ciptaan Allah. Sempat juga sesekali menangkap pemandangan  yang menarik yang tak pernah saya tengok sebelum ini. Inilah salah sebahagian daripadanya. Permukaan sebahagian daripada bumi Arab Saudi yang kering kontang.

20130504_145839-1

Sebahagian daripada bentuk permukaan bumi yang saya rakamkan melalui tingkap pesawat. Kalau tidak silap, tempat ini semakin hampir dengan Jeddah.

DSCN4620

DSCN4618

Soalan pertama yang bermain dikepala saya ketika itu adalah; bagaimana mungkin mereka meneruskan kehidupan?? Jawapan itu saya simpan kemudian.

Tepat jam 4.30petang (bersamaan dengan 8.30 waktu Malaysia) pesawat mendarat di Lapangan Terbang Jeddah.

DSCN4627

 

DSCN4628

Bahang cuaca mula terasa. Kami di sambut oleh Pegawai Tabung Haji di Jeddah dan seorang Mutawif bernama Ustaz Khairuddin. Ustaz Khairuddin berasal dari Indonesia,  berumur dalam lingkungan 40an, dan telah menetap di Mekah  sejak 30 tahun lalu. Kami singgah di Surau King Faisal Airport untuk qasar Zohor dan Asar. Tepat jam 5.30 petang waktu Jeddah, kami bertolak terus ke Madinah dengan bas 30 penumpang. Dalam suasana sibuk mengurus ‘cargo’, disitu juga pekerja terminal mengambil peluang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Menolak troli dan menjual kad prabayar. Bila tidak dilayan” reaksi spontan salah seorang daripadanya” Malaysia kedekut!! wah! pandai pula berbahasa malaysia. Rasanya agak asing perkataan-perkataan seumpama ini di tuturkan dibumi bertuah kita Malaysia bukan..Nasib baik kami telah di maklumkan tentang perkara-perkara seumpama ini sebelumnya.

Sepanjang perjalanan,  Ustaz Khairuddin memaklumkan tentang jadual aktiviti untuk hari-hari berikutnya. Perjalanan yang jauh dan mengambil masa hampir 20 jam ini mula menguji ketahanan fizikal saya. Terasa dah agak letih dan saya cuba melelapkan mata tetapi tempat duduk yang sempit tidak mengizinkan saya. Tekak juga agak kering. Harus minum air secara terhad kerana mengelak daripada  mencari tandas di sepanjang perjalanan.

Kami sampai di Madinah dan terus ke Moven Pick Hotel. Masa tu dah jam 12.30 malam { 5.30 pagi waktu Malaysia}. Check in hotel lebih kurang jam 1.00 pagi. Terlalu letih, sehingga selera untuk makanpun hilang tetapi rasa teruja untuk melalui hari esok. Akhirnya, saya sudahi hari yang panjang dengan tidur sejam dua sebelum tibanya subuh dimana buat pertama kalinya saya, ayah dan suami menjejakkan kaki di Masjid Nabawi.

Bersambung…

 

Continue reading Umrah Pertamaku-Bahagian 2