Shoot for the moon!!!

Ini adalah tulisan pertama saya untuk April 2013. Tulisan ini secara khususnya  saya tujukan kepada semua peserta yang pernah mengikuti program dan seminar dibawah kelolaan LSA. Mudah-mudahan ianya memberi nafas baru pada anda untuk membolehkan anda menilai semula  langkah yang agak goyah.  Kepada pembaca blog yang saya hargai, terimakasih kerana sudi berkunjung dan mudah-mudahan kita dapat saling berkongsi ilmu.418993_10150593296858682_452455035_n Seperti biasa, penulisan  saya tidak pernah bersifat ilmiah kerana saya bukanlah orang yang layak untuk mengupas sesuatu perkara itu secara ilmiah. Saya menulis semata-mata untuk berkongsi tentang pelbagai perkara yang saya fikir sesuai untuk dikongsi pada masa ini . Melalui penulisan, saya berkongsi tentang pandangan saya dan pada masa yang sama  saya berpeluang memahami  keputusan, tindakan dan hasil tindakan saya secara lebih berkesan.motivational-quotes-on-attitude-girl-493955

Penulisan saya  adalah cerminan  sikap saya. Sebagai  contoh apabila saya menulis tentang dunia  keusahawanan, topik penulisan saya lebih cenderung kepada sikap dan corak pilihan saya dalam membuat keputusan terutama sekali ketika cabaran keusahawanan itu datang membadai. Saya suka menggunakan perkataan ‘membadai’  kerana cabaran perniagaan itu amat getir sehingga menimbulkan ketakutan sebahagian orang untuk menghampirinya. Mereka yang memiliki keberanian untuk melangkah tetapi tidak punya keyakinan yang utuh,  lebih cenderung untuk menggunakan ungkapan ” cuba-cuba”  sebagai satu cara untuk  mengesahkan penglibatan mereka. Ungkapan cuba-cuba itu sama sekali tidak boleh digunakan. Kalau ingin terlibat,  sudah tentu penumpuan sepenuhnya amat diperlukan.Qoute 1

Sejujurnya, keputusan saya tidak senantiasa tepat. Ada ketikanya saya membuat pilihan yang salah malah ada ketikanya saya juga diselubungi oleh perasaan tidak yakin dengan  keputusan yang saya pilih tetapi positif  atau sebaliknya hasil yang saya perolehi, kedua-dua keadaan tetap memberi saya peluang untuk mengenal kekuatan dan kelemahan peribadi.  Peluang mengenali diri melalui kesilapan menjadikan  saya lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya. Saya fikir inilah sebahagian daripada proses itu dan perlu diraikan oleh siapapun yang terlibat dalam dunia keusahawanan.394008_354363664597058_1077702011_n

Saya juga seperti oranglain, sentiasa mendengar dengan teliti apa yang orang lain ungkapkan . Apa lagi jika perkara yang diungkapkan itu menambat minat saya untuk mendengar. Seperti kata-kata seorang sahabat ” sudah lama saya mengimpikan untuk punyai perusahaan sendiri tetapi hasrat itu tidak pernah tercapai” Inilah ayat-ayat ‘romantik’ yang amat melucukan dalam dunia keusahawanan. Kenapa? kerana perkataan ini sering membuai dalam angan setiap insan yang tidak memiliki keberanian untuk melangkah,  keluar daripada zon selesa iaitu zon hujung bulan terima gaji kepada zon yang serba berserabut dan tidak menentu, zon  tiada gaji, tiada overtime, tiada bonus, tiada tuntutan perubatan, tiada slip cuti sakit, tiada tuntutan minyak petrol, malah hampir tiada segala-galanya.

images Diperingkat awal,  menghadapi kesukaran dalam keadaan serba serbinya amat menguji kesabaran tidak dapat dielakkan. Anda dengan bahasa mudahnya adalah Pengurus Besar kepada sebuah perusahaan yang kecil. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pengurus, pegawai pemasaran,  pemandu, budak suruhan, tukang kopi malah tukang sapu juga adalah tugas hakiki yang tidak mungkin diketepikan. Jika itu keadaannya, tidakkah itu amat menyeksakan?? Sejujurnya, ianya amat menyeksakan. Airmata adakalanya jadi peneman. Tatkala oranglain sedang lena dibuai mimpi, anda dengan lesu masih  merenung lantai siling yang malap dengan mata  masih terkedip-kedip memikirkan pilihan.images2 Persoalan datang bersilih ganti menanti jawapan,  apa lagi pilihan yang ada untuk saya? Apakah ada kemungkinan sesuatu yang luarbiasa  akan berlaku pada esok hari? Bagaimana jika yang dirancang tidak menjadi? Apa pelan pilihan seterusnya? Mampukah saya keluar daripada kekusutan ini? Lihat! Keusahawanan itu pada dasarnya memerlukan  persoalan untuk membolehkan anda berfikir dan seterusnya mencari jawapan. Proses dalam mencari jawapan itu adalah pembelajaran awal dalam dunia keusahawanan.OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Seorang kawan pula berkata, “ bila terlalu banyak masalah, saya akan hidupkan injin dan pandu kerita tanpa tujuan. Mana tahu dalam melewati perjalanan yang kosong itu Allah tunjukkan saya sesuatu untuk saya pilih dan putuskan” Apa yang cuba disampaikan adalah,  kita tidak boleh membelanjakan sepanjang hari yang ada untuk hanya memikirkan tentang masalah tanpa jalan penyelesaian. Bermenung dan membiarkan airmata berlinangan tidak akan membantu. love-quote-barbara-de-angelisPerkara asas yang membantu adalah kebijaksanaan dan keberanian untuk memilih dan kecekapan melaksana keputusan. Bilamana ada hasrat dan impian, anda akan mula membentuk matlamat dan  matlamat   itu pula memerlukan  anda bertindak.  Tindakan memerlukan pelan pelaksanaan.  Bila perancangan  di laksana, pelaksanaan memerlukan hasil dan tentu sekali anda akan berharap penuh kepada kejayaan dan kecemerlangan tetapi ada ketikanya apa yang diharapkan itu tidak menjadi kenyataan. Dalam keadaan sedemikian rupa, keredhaaan adalah pilihan terbaik. Mungkin masa terbaik untuk anda belum tiba. Allah akan sentiasa menguji umatnya  sehinggalah pada tahap  yang mampu untuk  dihadapi. Allah maha mengetahui. Setiap perisitwa  itu dijadikan dengan sebab dan tentu ada hikmah disebalik segala kejadian.motivation-quote-will-rogers

Dugaan yang menyakitkan itu  semakin  mencengkam dalam keadaan anda tidak ada rakan untuk berbincang, kesakitan itu semakin mencengkam bila disisi anda  anak-anak kecil yang masih kecil, tidur nyenyak menikmati  damainya malam. Mereka tidak faham kesengsaraan. Sementara dalam diam, anda mengharapkan keajaiban agar anak-anak yang tidur nyenyak dengan nafas teratur itu membesar, mempunyai pendidikan dan membina hidup dalam keadaan yang serba sempurna.inspirational-quote-david-brinkley

Pilihan  apa yang anda ada? Meneruskan sesuatu yang bersifat perniagaan sedangkan anda sedang bergelut dengan masalah untuk membolehkan anak-anak anda mengalas perut dengan sesuap nasi? Iya..pilihan dan pilihan . Pilihan terlalu banyak dihadapan anda tetapi  pilihan tepat  itulah yang sangat penting untuk anda disetiap keadaan. Anda bebas memilih tetapi jika salah memilih, jika anda kurang bijak memilih keputusan,  keluhan itu  mungkin berterusan dan akan mengiringi  anda mengharungi  mimpi ngeri yang nyata untuk tempoh yang agak panjang. Keadaan ini  mungkin membuat anda berputus asa.inspirational-quote-mark-twain

Hanya seperkara mungkin yang mampu memujuk anda adalah menyedari dengan jelas bahawa, keusahawanan itu bukannya sesuatu yang yang boleh anda  kuasai melalui pembacaan. Keusahawanan itu perlu anda lalui dan lakukan. Hasilnya akan mula anda rasai apabila kebijaksanaan dan kekebalan anda menghadapi cabaran dan kesakitan semakin meningkat. Bukan kerana masalah semakin berkurang tetapi kerana anda semakin bijak menyelesaikan masalah. Semakin banyak yang anda lalui, semakin mudah untuk anda menghadapi cabaran, semakin baik pulangan yang anda perolehi.motivational-quote-hannibal Jika itu keadaannya, adakah wajar untuk anda  mengelak daripada  menghadapi kesukaran? kenapa tidak kata” syukur ya allah, sekali lagi saya diberi ruang untuk perbaiki kelemahan saya”.  Guru saya berkata” Jika anda ingin menjadi manusia luarbiasa, keluarlah dari pertapaan dan carilah masalah yang boleh ditukar kepada kebaikan untuk diri dan oranglain” jika ini mampu anda usahakan maka kejayaan itu sudah berada diposisi paling hampir dengan anda. Wah!!rupanya, tidak terlalu susah! anda hanya perlu keluar daripada zon keselesaan!images10Keusahawanan itu  adalah realiti  yang perlu dilalui dimana tahap pencapaian anda diukur berdasarkan kepada sikap dan  tindakbalas anda sebagai pelakon sebenar dalam menghadapi situasi yang datang.  Anda  melakonkan watak yang benar, anda  berjaya kerana sikap, anda  gagal juga kerana sikap.images5 Yang baiknya, pilihan itu berada ditangan anda sepenuhnya. Anda boleh memilih samada untuk berjaya atau gagal.Keusahawanan itu  juga ibarat menyemai benih. Anda membajak tanah yang subur untuk menyemai benih yang baik. Semaian disiram dan rumput  ditebas supaya tanaman tumbuh subur dan menghasilkan buah yang baik/berkualiti. Mengharapkan keajaiban  untuk berlaku tanpa sebarang  usaha adalah amat mustahil. Anda perlu melalui proses,  langkah demi langkah, dari satu tangga ke satu anak tangga. SONY DSC Setiap langkah yang  diatur perlu jitu dan  berpaksi kepada matlamat yang realistik. Kerana itu, anda perlu mempunyai kekuatan untuk berpijak di bumi mana sepatutnya anda berpijak. inspiring-quote-mahatma-gandhi

Tanpa melihat kepada bidang  perniagaan yang anda ceburi, samada dalam perkhidmatan, pembekalan, jualan langsung  atau apa sahaja, perniagaan anda adalah milik anda. Keuntungan anda adalah milik anda. flower-quote-abraham-lincoln

Dan ini!!images11