4hb Mei 2013 yang saya tunggu-tunggu semakin hampir. Sehari sebelum pengundian PRU 13 saya akan berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama suami.20130428_141214 Saya amat bersyukur,  bukan semata-mata kerana hasrat menunaikan umrah tercapai  tetapi kerana saya dan suami  membawa  ayah bersama. Ayah yang telah lanjut usia dengan keadaan kesihatan  yang kurang mengizinkan, begitu teruja menunggu hari keberangkatan. Akhirnya  mengurangi sedikit kekeciwaan  beliau yang telah 3 tahun  menunggu giliran untuk menunaikan fardu haji . Sehingga ke hari ini rezeki belum memihak kepadanya.Picture 403

Cuma sedikit terkilan kerana 5 Mei  tidak berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia. Pun begitu,  hati kecil saya berkata  inilah perkara terbaik yang telah Allah tentukan untuk kami bertiga pada masa ini.

Suami kata menunaikan umrah memerlukan persediaan tertentu. Persediaan diri, ilmu, mental dan fizikal. Hakikatnya, apa sahaja  yang kita lakukan, persediaan lebih awal akan menjadikan kita lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan.   Selain daripada  syarat asas TH Travel, saya turut  menjalani pemeriksaan kesihatan dan telah memulakan  aktiviti fizikal sejak 2 bulan lalu. Keadaan fizikal yang sihat adalah penting kerana saya difahamkan jemaah perlu bergerak pantas mengikut jadual. Saya  membaca buku-buku berkaitan umrah sebanyak mungkin . Saya beli MP3 berkaitan untuk memudahkan saya memahami dan lebih menghayati doa-doa yang berkaitan.20130429_002829 Tidak ketinggalan,  blog blog berkaitan umrah turut saya rujuk. Insyallah, dengan mudahya pengaksesan  maklumat, saya kini lebih bersedia. Saya cuba tumpukan perhatian saya sebaik mungkin. Sebab itu saya mengelak daripada  gangguan yang berlebihan terutama sekali tentang kesibukan berkerja mengumpul kemewahan. Saya telah berkerja keras sejak puluhan tahun lalu, sekalipun  rezeki untuk menjadi mewah tidak pernah saya kecapi  tetapi saya tetap bersyukur dengan apa yang Allah beri. Saya fikir masa untuk semua ini telah tiba untuk saya.  Mudah-mudahan Allah memberi  saya keampunan dan menghapuskan  segala dosa yang telah saya lakukan. 20130429_001351_1 Saya perlu peruntukkan banyak masa untuk memahami  rukun-rukun umrah dan syarat sah. Tentang perkara wajib  dan sunat. Tentang perkara-perkara yang membatalkan umrah. Sebagai insan kerdil yang tidak pernah sempurna dan melakukan banyak kehilafan dalam hidup, saya ingin menjadi sebaik mungkin. Saya ingin menjadikan sisa hidup yang  berbaki lebih baik daripada hari-hari yang telah saya lalui. Seperti juga dengan jemaah lain, saya turut berharap memperoleh umrah yang mabrur. Tolong doakan saya.

Aturcara di Tanah Arab

Dalam pakej 12 hari 10 malam kami, kami berada di Madinah selama 3 hari dan selebihnya di Makkah. Aturcara termasuk lawatan ke tempat-tempat bersejarah, lawatan ke tempat-tempat menarik, dan yang paling pasti, umrah itu sendiri. Jadual kami mengikut hari telah tersenarai dalam jadual yang diatur oleh Tabung Haji Travel.20130428_230158 Mudah-mudahan perjalanan kami akan berjalan lancar dan tidak ada perubahan disaat-saat akhir.

Penginapan

Di Madinah, kami akan tinggal di Hotel Movenpick.  Khabarnya tidak jauh daripada Masjid Nabawi

6990MadMovDec1

Di Makkah pula, kami akan menginap di Rayhaan Rotana. Hotel ini juga terletak  hampir dengan kaabah. Sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan kepada ayah.HOTEL MADINA DAN MAKKAH

Jika ianya dirujuk melalui peta ini, ianya terlalu hampir dengan ka’abah.staticmap

Keperluan asas 

Saya telahpun menyediakan keperluan berdasarkan kepada checklist. Saya bawa sepasang telekong, sepasang mini telekong, sepasang baju tidur, tiga pasang stokin, sepasang sarung lengan warna putih dan sepasang warna hitam. Keperluan selebihnya akan saya beli apabila tiba di Madinah kelak. Tak lupa juga checklist untuk suami dan ayah. Ayah kata dia akan bawa seringkas yang boleh. Yang utama adalah syarat wajib katanya. Maklumlah dengan usia beliau yang dah lanjut, saya juga tidak ingin beliau rasa terbeban dan akhirnya menyukarkan pergerakan. Demi untuk keberkatan, ayah saya telah mengadakan kenduri doa selamat, dihadiri oleh ahli keluarga dan beberapa orang masyarakat kampung.20130427_204404Tak sangka pula bertemu dengan kawan sekolah yang terpisah sejak 33 tahun lepas. Mudah-mudahan hati beliau akan terbuka untuk mengguna herbalife.

Akhir sekali, melalui penulisan ini, saya mohon keampunan jika saya pernah menguris hati kalian. Tolong doakan perjalanan saya agar saya dapat menghadapi setiap cabaran  dengan penuh kesabaran dan kembali dengan umrah yang mabrur. Salam

 

 

Continue reading