Kucing Peliharaanku

Hari ini saya akan bercerita lagi tentang kucing peliharaan saya.  Kucing peliharaan saya agak banyak. Mengurus mereka mengambil masa yang agak panjang . Ini bermakna pengagihan masa secara teratur juga perlu supaya  kebajikan kucing terus terpelihara dan  rutin harian lain saya juga terurus mengikut jadual. Alhamdulillah, rumah saya tidak terlalu besar tetapi ada sedikit ruang yang tidak saya gunakan dibelakang rumah dan disitulah  beberapa kandang  kucing peliharaan saya tempatkan.20130218_155935

Mereka tidak berkurung sepanjang masa. Kucing peliharaan saya ada jadual rutin untuk berada didalam dan luar kurungan. Kebiasaannya kesemua kucing-kucing ini akan saya lepaskan selama tiga jam pada waktu pagi dan kurung semula untuk tidur sehinggalah makan tengahari.  Selepas makan tengahari, sekali lagi mereka saya lepaskan selama dua jam sebelum dikurung semula untuk tidur. Petang, sebaik saja sampai rumah, mereka akan saya lepaskan semula dan mereka akan bebas berkeliaran sehinggalah jam 9.30 atau 10malam.Selepas jam 10.00malam, mereka semua sudah berada didalam kurungan masing-masing sehinggalah keesukan harinya.DSCN3074 Inilah rupa sebahagian kucing yang sedang  tidur dan termenung dalam kurungan. Salah satu sebab kenapa saya kurung mereka  adalah kerana mengelak berlakunya gangguan keatas kawasan rumah jiran. Maklumlah, tidak semua orang sukakan kucing. Saya harus mempercayai andaian ini. Ianya bermakna saya menghormati jiran-jiran saya. Sekalipun binatang peliharaan jiran adakalanya  amat menganggu. Faham-faham sajalah, anjing menyalak tidak menentu masa tapi apa nak di kato!!jiran juga berhak keatas apa yang mereka inginkan. Orang kata jiran kena sepakat dan sentiasa bertoleransi tapi  kalau anjing menyalak pada waktu kurang sehat, waduhhhh..penyakit itu seperti semakin kambuh!20130218_162307 Mengurus mereka adalah sabahagian daripada aktiviti penting dalam jadual harian saya. Nama mereka juga pelbagai, setiap seekor kucing ada sebab kenapa mereka diberi nama sedemikian. Kucing ni juga penting diberi nama sebab kalau mereka berjumpa dengan doktor haiwan, doktor akan tanya “yang ni namanya siapa?” Serius ahhh, nama itu akan dicatat dalam kad kesihatan. 20130218_163206Kucing pertama saya pelihara adalah kaka. Kisah kaka bermula sejak  bulan Januari 2012 . Kini dia telahpun mempunyai 15 ekor ahli keluarga. Lima  daripada mereka  iaitu Belang, Tompok, Blackie, Vippi, Lady Gaga kucing tanpa tuan yang dijumpai di beberapa tempat disekitar kingfisher.20130218_163613 Kenapa saya kata begitu sebab semasa dijumpai, keadaan mereka sangat menyedihkan. Comot, kurus dan ada infeksi . Kaka ditemui ditepi jalan, belang, tompok dan blackie, dibuang di bawah tangga ‘office’, vippi datang menyerah di premis innerG , sementara lady gaga datang mengadap  ketika saya sedang makan direstoran pelangi pada bulan disember 2012 dalam keadaan yang sangat teruk. 20130218_161550 Tiga daripadanya adalah anak kaka yang pertama itu choco, strawberry dan vanilla dan lima lagi adalah anak kaka yang kedua iaitu spider, sparrow, spidu, choco junior dan lizard. Hebat kaka ni, sekali beranak dapat lima. Cuma sedih sangat-sangat sebab lizard meninggal 3 minggu lepas setelah  terlantar selama 2 hari. Dia meninggal sebab kelalaian saya. Saya terpijak belakang dia semasa nak beri makan pada waktu pagi. Hari kedua selepas kejadian, ketika saya turun untuk memberi makan seperti biasa, saya dapati lizard terbaring  tak bernyawa. Waktu itu, Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati saya, saya meraung kesedihan. Tanpa berkata apa-apa,  suami saya mengangkat cangkul, mengorek tanah ditaman dan kemudian mayat lizard ditanam. Pada masa itu barulah suami saya faham betapa sayangnya saya kepada binatang peliharaan saya. Sejak itu  dia semakin mengambil berat tentang mereka dan membantu saya setiap pagi memberi makan dan membersihkan kurungan dan bekas makanan yang digunakan. Benar kata orang, pengalaman akan mengajar kita .20130218_122604 Sejak kejadian itu, kami beri mereka makan didalam sangkar terlebih dahulu sebelum semuanya dilepaskan. Jika tidak, risiko terpijak itu sentiasa ada kerana kucing, jika dalam keadaan lapar, akan berkeliaran di sekitar paling hampir dengan kaki saya.20130206_071158Kini Choco Junior yang lincah dengan warna bulu yang sama dengan lizard dah besar. Jika lizard hidup, inilah bentuk fizikalnya. Choco Junior ni sebiji macam mak dia, kaka. Tengoklah tu” like mother like daughter” hehehehe.20130218_171932

Jack Sparrow juga agak seiras dengan lizard dan choco junior. Sayangnya dia diserang infeksi mata sebulan selepas lahir dan masih berterusan sehingga kini. Jumpa doktor haiwan berkali-kali. Kesian juga dan banyak kali kena suntikan tapi masih tidak sembuh..20130206_070532 Nak tahu kenapa sparrow??sebab mata dia sebelah sentiasa tertutup.  Doktor kata samada terkena kencing ular ataupun terkena semburan racun nyamuk. Tak tahulah apa sebab tetapi dah berkali-kali jumpa doktor tetapi masih belum sembuh sehingga kehari ini. Atas nasihat kawan-kawan,  saya kini  mencuci mata sparrow dengan air panas setiap pagi dan malam sebelum  tidur. Nampaknya ada sedikit perubahan . Doktor kata kalau keadaan mata sparrow tidak berubah, ianya terpaksa dijahit untuk menghalang daripada berlakunya infeksi berterusan….isshhh..tak payahlah sampai berjahit. Biar saya rawat dulu.20130214_180934

Ini pula spider dan Spidu. Mereka ini seperti kembar seiras. Suka sangat bersembunyi. Kalau nak tangkap mereka ni, seekor kena jadi umpan, barulah yang seekor keluar dari persembunyian. Rupanya kucing ni stres bila dia bersendirian. Bila dia sendiri dia akan mula mencari kawan dan itulah  masa terbaik untuk saya tangkap mereka.20130217_072625

Tiga ekor lagi adalah anak belang . Mereka lahir pada waktu subuh ketika keberangkatan saya ke Kuala Lumpur menghadiri spectacular..20130218_162512

Yang seekur lagi namanya Alaska. Alaska adalah satu-satunya kucing parsi saya. Asalnya milik anak perempuan saya Deza tetapi ianya diserahkan kepada saya dengan sukarela sebab  Alaska suka membuang air merata-rata. Muka Alaska ni ganas dan dia memang ganas. Apa lagi kalau dia stres. Mana tidaknya, dia tidak mempunyai kebebasan seperti kucing-kucing yang lain.20130112_081528 Sebab itu saya selalu kata dengan dia” Dunia ini adil Malaska, semua orang mempunyai  bahagian tersendiri yang sudah ditentukan. Inilah bahagian kamu.”   Kena duduk dalam kandang selalu atau perlu sentiasa diikat sebab kalau tidak, dia akan keluar rumah dan orang  yang jumpa dia berkeliaran tentu akan berfikir bahawa  Alaska ini tidak bertuan.  Saya hanya memikirkan kalau kucing ini dipelihara oleh oranglain, bagaimana nanti keadaan mereka?? ehhh..tidak mahu fikir sampai kesitu. Biarlah usia mereka berakhir dalam rumah kucing yang saya sediakan!

20130217_073011(0) Si kuning putih ni pula bernama Lady Gaga. Kini dia semakin cantik dan comel. Nak tahu kenapa nama dia Lady Gaga???sebab sewaktu Lady Gaga mengadap saya, keadaan fizikalnya sangat teruk. Deza kata macam anak ‘monster’. Jadi saya fikir, biarlah saya berikan dia nama yang hebat sebab mungkin nama itu akan mempengaruhi keadaan fizikalnya kelak. Deza kata cuka epal baik untuk demam dan masalah kulit kucing. Kebetulan saya memang sentiasa menyimpan cuka epal. Saya mandikan seluruh badan lady gaga. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.20130218_160432Huh!!! Mungkin rasa pedih sebab, badan Lady Gaga ketika itu ditumbuhi fungus sana sini. Dahlah demam, infeksi mata dan  telinga berkurap pula tu.  Saya fikir lady gaga dibuang ketika dia berumur dalam lingkungan sebulan . Entah kenapa  ada yang sanggup melakukan ini~~~saya tidak faham!!photo

Inilah keadaan Lady Gaga ketika itu. Cara dia duduk betul-betul dihadapan kaki saya menyebabkan saya sebak. Saya tidak berfikir panjang, ambil plastik, bungkus dia dan bawa ke klinik tetapi pada masa tu klinik tidak buka kerana hari minggu dan akhirnya saya bawa pulang.  Saya amat bersyukur dia semakin sembuh dan semakin lincah. Alhamdulillah!!saya selalu  berdoa agar ramai lagi hati-hati  manusia  yang terbuka untuk mencintai binatang dan tidak membuang mereka merata-rata.20130217_072348

Inilah kucing terakhir yang saya pungut. Anak kucing ni datang ke InnerG semasa hari perasmian sebelum VIP Datuk Masidi Manjun tiba. . Dia adalah kucing VIP  dihari bersejarah innerG jadi saya beri dia nama  vippi. Singkatan untuk VIP Innerg. Seminggu lepas dia juga demam. Hantar berjumpa dengan doktor. Dapat satu suntikan dan barulah kedengaran dia merengek.Kucing-kucing peliharaan saya adalah sebahagian daripada pengisi penting dalam rutin harian saya. Sapu lantai rumah , beri makan, lap para kandang , buang najis, cuci mata sparrow yang terkena jangkitan dan akhir sekali beri makan vitamin terutama sekali kucing yang kurang sehat.

Demikianlah  cerita tentang kucing saya setakat ini. Saya akan berkongsi lagi kerana saya sentiasa teruja untuk kongsikan perasaan sayang saya terhadap binatang peliharaan saya. Marilah bersama-sama mencintai binatang kerana mereka juga adalah mahluk ciptaan Allah yang berhak untuk hidup diatas muka bumi.