Selamat tinggal – 2012

SONY DSC

Suasana ini agak suram. Matahari bakal  berlabuh meninggalkan tahun 2012 dengan seribu satu  coretan dan lakaran. Membuatkan  saya mula berteka-teki tentang esok . Adakah esok yang bakal menjemput akan  sebaik semalam yang akan pergi? Tiba-tiba persoalan itu  mengundang perasaan  bercampur baur, sedih kerana sebentar lagi, tahun  terbaik dalam kehidupan saya akan berlalu. Namun  saya  juga  teruja untuk menanti hari esok,  buku baru yang masih kosong dan  belum terusik.20121108_123717Tahun 2012, sempat menitipkan pelbagai  kenangan untuk saya.  Kenangan manis, kenangan pahit, kejayaan, kegagalan dan keterujaan.  Segala-galanya  memiliki tempat teristimewa dalam kehidupan saya. Semua itu telah membentuk diri saya  hari ini. Walapun begitu, ada juga ketikanya  kealfaan membuat saya rasa kesal sebab  saya  juga adalah  insan  biasa,  insan yang bernafas dengan pelbagai kelemahan. Ada ketikanya khilaf dalam mengatur langkah dan perhitungan, khilaf dalam membuat pilihan, khilaf dalam membuat keputusan tetapi saya tidak pernah berhenti untuk menyedari kelemahan  itu dan terus menerus mengingatkan diri sendiri bahawa mengatasi  kelemahan dan kekurangan itu adalah  sebahagian daripada tugasan perjalanan hidup yang perlu disempurnakan. Mudah-mudahan kekhilafan membuat saya lebih matang dan tahun-tahun mendatang dapat saya lewati dengan penuh kesedaran.

20120101_131001Tahun 2012,  Allah telah mempermudahkan banyak perkara untuk saya.   Allah beri saya ruang dan peluang untuk merasai denyut nadi ramai insan  yang bergelut dengan kekurangan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Kalau diberi pilihan, sudah tentu saya akan memilih untuk terus berada ditahun 2012, tetapi itu terlalu mustahil untuk berlaku. Semua ini, perjalanan ini adalah janji Allah kepada seluruh umat manusia, seluruh penghuni alam  dan cakerawala . Ianya tak dapat di lewatkan. Ianya tidak dapat ditahan walau sesaat kerana esok sesuatu yang pasti juga sedang menunggu untuk menjemput.  DSCN2698Terimakasih Allah, terimakasih ayah, suami dan anak-anak kerana kalian begitu setia bersama saya mengharungi badai  perjalanan. Tanpa kalian,  kehidupan ini tidak bermakna untuk saya. Untuk arwah mak, arwah iwan(anak sulung saya) yang telah lama pergi, saya sedekahkan Alfatihah, mudah-mudahan kedua-dua mereka ditempatkan  dikalangan orang-orang yang diredhai.

DSCN2679Hari ini juga adalah hari kelahiran suami saya. Dia kini genap 59 tahun dan petang tadinya telah kami raikan di sebuah restoran, hanya kami sekeluarga. Demikianlah kehidupan kami yang agak sederhana.  Saya mohon kepada Allah agar suami saya sentiasa diberi kesihatan. Kesihatan suami sejak beberapa tahun kebelakangan ini  terlalu banyak bergantung kepada ubat-ubatan. Masalah  migrain, masalah  darah tinggi yang akhirnya menjurus kepada serangan TIA,  alergi dan sebagainya. Ubatan  pelbagai warna dan bentuk  tetapi sejak bulan Jun 2012, suami saya mula mengambil Herbalife F1, F3, NW, Aloevera, Teamix dan NRG. Inipun setelah melihat perubahan-perubahan yang berlaku pada diri saya . Sejak mengambil produk-produk itu,  kekerapan serangan semakin berkurang dan  kadar pengambilan ubat-ubatan  berkurang sehingga 95%. Mungkin ini semua kedengaran ‘klise’ bagi sebahagian orang tetapi, hanya mereka yang pernah mengambil produk-produk yang saya sebutkan sahaja yang  benar-benar faham. Masalah kesihatan yang sudah bersama selama separuh daripada umur, sudah tentu tidak dapat dihapuskan 100% tetapi kualiti hidup itu semakin membaik.  Malah ubat-ubatan juga  bukan penyelesaian yang total. Produk ini adalah pilihan bijak, pilihan terbaik untuk suami setelah bertahun lamanya mengambil ubat dan masih dengan masalah kesihatan yang sama setiap hari. Sudah tentu ada yang akan berkata, saya bukan orang yang berhak bercakap tentang kesihatan tetapi siapa lagi yang lebih faham tentang keperluan badan sendiri selain daripada orang yang punya diri. SONY DSC

1hb Januari 2013 datang menjemput. Tentu sekali saya mengharapkan tahun 2013 akan memberi saya kehidupan yang jauh lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas tetapi semua itu adalah ketentuan Allah. Saya hanya mampu berusaha untuk menjadi yang terbaik setiap hari dan selebihnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.DSCN2900 Buku baru, lembaran baru, 1hb Januari 2013, Teluk Likas yang begitu tenang saya lewati. Saya abadikan kenangan muka baru.  Saya menelusuri  persisir pantai.  Teluk likas yang begitu kaya dengan keindahan semulajadi. Sekalipun  deruman kenderaan tidak putus-putus meninggalkan suasana hingar bingar mengotori damai tetapi lantai awan dan  birunya laut bersama  desiran ombak yang sesekali menghempas pantai,  bersatu  membaham  kebisingan itu. Teluk Likas akhirnya  memberi saya suasana yang sangat berbeza.DSCN2874

Saya mulakan langkah pertama saya dengan penuh keyakinan. Saya yakin Allah akan memberi perkara terbaik kepada mereka yang bersedia untuk memberi yang terbaik dan itulah yang akan saya ciptakan. Saya akan bermula dengan langkah ini. Mudah-mudahan perjalanan yang panjang akan menitipkan perkara terbaik dalam kehidupan.DSCN2857Apabila bermulanya hari esok, saya tidak akan menoleh kembali kerana kehidupan yang singkat ini sangat bermakna untk kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Nak pastikan harga ke?
Nak pastikan harga ke?

Kepada ayah, suami, anak-anak  dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup saya, maafkan saya diatas segala kekhilafan yang saya lakukan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Ditahun 2013, saya  berazam untuk membaiki segala kelemahan dan kekurangan itu. Insyallah Allah akan permudahkan segala-galanya untuk saya kerana itulah yang saya inginkan.

Selamat tinggal tahun 2012, selamat datang tahun 2013.