Kaka, kucing kampung dilaman

Sepanjang hayat  mak,  tidak pernah sunyi  walau sehari  dari dikelilingi oleh  binatang ternakan.  Binatang peliharaan seperti ayam, itik, kambing, kerbau, monyet, tikus belanda, kura-kura dan kucing menjadi binatang peliharaan mak silih berganti. Pada waktu itu, saya sama sekali tidak faham, kenapa  mak memelihara binatang sebegitu banyak sedangkan kami adik beradikpun sudah cukup membuat hidup mak riuh rendah. Saya sendiri fikir semua  binatang itu hanya menambah beban kepada kami terutama sekali kami adik beradik  yang terpaksa bertungkus lumus menjaga makan dan minum mereka seolah-olah binatang-binatang ini adalah  sebahagian daripada ahli keluarga kami yang agak besar.

Saya tidak kata, memberi makan binatang ternakan ini rumit sebab dalam kebanyakan keadaan, saya hanya perlu tabur makanan dan selesai tetapi kerana bilangan ternakan yang agak banyakmenjadikan masa terbuang untuk menjaga binatang-binatang itu agak panjang. Tambahan pula tugasan mengikut haluan kerbau  kemana dia akan pergi untuk membolehkan dia kenyang membuat saya jengkil. Pemerhatian khusus pula harus diberikan supaya tidak terlepas. Jika tidak , risiko kemusnahan  tanaman  tidak mustahil akan berlaku.

Jika itu berlaku tentu sekali teruk akibatnya.  Mak begitu sensitif  jika kerbau diikat dikawasan yang kurang subur. Dia akan berleter panjang. Dia akan kata” kalau kamu pandai lapar, kerbau nipun sama juga, disini apa dia makan?“. Sebahagian daripada kata-kata mak yang masih berakar dihati  saya sehingga kini. Mengingatkan kami adik beradik  adalah rutin mak setiap hari  melainkan jika tugasan itu dia lakukan sendiri. Sampai satu peringkat, sebelum kena bising, saya dah buat dulu. Tanpa saya sedari, dalam melakukan perkara ini secara berulang setiap hari, arwah mak telah  mengajar saya erti  kasih sayang. Dia membentuk jiwa saya menjadi begitu penyayang dan bertanggungjawab.

Sejak berkahwin dan berpindah semua rutin itu berubah. Memberi makan kucing, ayam, itik, kerbau, monyet dan tikus belanda sudah tidak menjadi rutin saya. Buat beberapa dekad, semua itu saya lupakan bukan kerana tidak mahu melakukannya tetapi kesibukan dan keadaan yang tidak mengizinkan saya untuk melakukannya.

Bila anak-anak membesar, mereka mula  menyatakan keinginan untuk memiliki binatang peliharaan seperti kucing tetapi saya  tolak sebab bagi saya binatang peliharaan harus dijaga dengan sempurna. Apabila dipelihara, makan minum mereka kena jaga, sakit mereka kena rawat dan semua itu sudah tentu memerlukan wang. Saya fikir keadaan anak-anak dan juga diri saya  tidak mengizinkan perkara itu berlaku pada masa itu.

Satu hari, rezeki seekur anak kucing yang dtinggalkan oleh tuannya ditepi jalan dalam keadaan basah kuyup, lemah dan ketakutan mungkin telah ditakdirkan.  Umur anak kucing tu dalam lingkungan 2 bulan. Anak saya Ira telah membawa kucing tu balik kerumah,  mandikan dan keringkan sehinggakan kucing tu bertambah takut dan menggigil kesejukan. Saya ingat dia tidak akan hidup sebab keadaannya yang terlalu kurus dan lemah tetapi syukur alhamdulillah, keesokannya, dia mula beransur segar dan sudah mula membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. 14984_10151271963618682_390382108_nDia mula mengeliling ruang tamu  sambil menghidu setiap ruang yang dia lalui. Mungkin dia cuba mengenal tempat itu sebelum dia biarkan dirinya merasa selesa untuk bersama dengan keluarga baru. Dia mula minum susu, itupun pada peringkat awalnya saya beri dia susu cair. Hari-hari seterusnya dia mula makan dan akhirnya  saya namakan dia Kaka. Kenapa kaka? saya hanya merasa ianya sesuai untuk badannya yang kecil tetapi telinga tegak  macam telinga arnab. Inilah rupa kaka  beberapa hari selepas itu. Pada masa ni, kaka  kelihatan dah agak bersih dan sehat.

SONY DSC

 

Saat-saat awal, kaka tinggal didalam rumah. Dia bersendirian ditingkat bawah hampir setiap masa. Jarang keluar kecuali saya ada memerhatikan kaka berada diluar. Rutin kaka adalah bangun awal. Seawal jam 5pagi, kaka sudah berada didepan pintu bilik. Sebaik  pintu bilik  dibuka, dia akan berlari turun seperti tahu sangat  yang inilah masanya untuk dia diberi makan. Kadang-kadang saya hampir terpijak.SONY DSC

Hari berlalu,  kaka semakin besar dan lincah. Jam 8 pagi adalah rutin untuknya menunggu didepan tangga. Tugasannya adalah memerhati kaki setiap orang yang lalu sebagai mangsa. Kaka akan bertindak menerkam setiap kaki  yang lalu dengan harapan setiap kaki yang lalu itu akan melayan keinginan kaka untuk bermain. Yang lucunya, suami saya sendiri sentiasa bersedia dengan bahai plastik sebagai ‘globe’ untuk berlawan dengan kaka. “Poor kaka”  tidak pernah menang dalam pertarungan. Untungnya, keinginan kaka  dilayan dan keletihan itu kelak akan menghantar kaka lena dibuai mimpi.SONY DSC

Inilah rupa kaka dalam keadaan tidur. Sungguh comel sekalipun hanya seekur kucing kampung. Wajah  penuh  kontrovesi, cengeng, nakal dan pantang mengaku kalah. Kaka akan gigit sesiapa sahaja yang cuba bertarung dengannya  selagi dia termampu.SONY DSC

Sampai satu peringkat, kaka dah mula keluar rumah sehinggakan semalaman tidak balik. Saya memang dah menjangka tidak lama lagi dia akan punya anak dan pada 2 Julai 2012, kaka melahirkan anak buat pertama kali. Anak-anak kaka agak comel dan saya namakan Choco, vanilla dan strawberry. Kenapa nama ini yang saya pilih??sebab pada masa itu saya sedang aktif mengguna produk herbalife Formula 1. Kali kedua saya menjadi bidan selepas pertama kali menjadi bidan  kepada adik ketika melahirkan anak pertama  pada tahun 1986. Sejak kaka melahirkan, sikap kaka benar-benar berubah. Daripada seekur kucing yang sangat lincah tiba-tiba saja bertukar begitu garang  dan sangat ‘protective’.

SONY DSC

Ini choco, vanilla dan strawberry  selepas 3 minggu. Semakin comel mereka. Masa ni kaka dan anak-anak  tidur dalam sebuah almari yang gelap. Kaka berjaga sepanjang masa untuk memastikan anak-anaknya  tidak diganggu. Kalau dia agak jauh dari anak dan tiba-tiba anak-anak ini mengiau, dia pasti akan datang segera untuk pastikan anak dia selamat.SONY DSC

Ditengah tu Choco, sebelah kiri strawberry dan sebelah kanan tu vanilla. Yang ada tanda obes masa kecil adalah chocolate. Strawberry agak lemah, cengeng dan  seringkali sakit. Sehingga kini bentuk fizikal strawberry juga agak kecil berbanding yang lain.

 

2012-08-26 15.37.24

 

Ini pula vanilla. Baru juga kembali daripada klinik haiwan. Terpaksa saya buat kerana saya risau kalau-kalau akan membiak lagi dan saya tidak ada  kemampuan untuk menjaga. Membuang binatang itu pada saya tidak berperikemanusiaan. Menyerahkan kepada oranglain juga adalah sesuatu yang tidak termampu untuk saya lakukan kerana saya anggap kucing-kucing ini sebahagian daripada ahli keluarga saya.  Saya sering terbayangkan bagaimana nanti mereka akan makan sedangkan selama ini masa makan mereka begitu teratur. Tidak pernah ada masa untuk berlapar kecuali mereka merayau sehingga tidak ingat dunia.

20130112_083034

Inilah chocolate yang mengalami masalah kegemukan itu. Semasa baru berumur 3 hari, dia berjalan seperti kura-kura. Kaki dia tak mampu menampung beban fizikal yang agak besar. Sehingga sekarang, masih ‘obesse’. Suka membuli adik-adik yang lain dan sentiasa manja.

20130113_170332

 

Strawberry

Inilah strawberry sekarang. Nampak lebih berisi sejak jenis makanannya saya ubah tetapi perangai cengengnya tetap tidak berubah. Suka merengek setiap kali dipegang. 20130116_074256

 

Itulah cerita pertama saya tentang  binatang peliharaan pertama saya. Sehingga kini, ahli keluarga  kaka  semakin membesar. Syukur alhamdulillah. Bagi saya apa sahaja yang hadir dalam hidup itu adalah anugerah Allah. Binatang ini juga adalah anugerah Allah untuk saya. Beri saya peluang untuk memberi kehidupan walau sekecilmanapun kepada setiap makhluk yang bernafas diatas muka bumi.