Ujian kecergasan

Entah apa kena jang. 6 Mei 2012, saya terima pelawaan rakan untuk mengikuti larian 10km. Eh! biar betul. Bukan dekat tu? Mulanya saya menolak sebab saya sedar saya bukan seorang atlet tetapi suami kata bila lagi nak uji tahap kecergasan? Inilah masa yang sesuai kata  beliau cuba meyakinkan.  Bila difikir-fikir, betul juga juga kata suami. Saya dah mula berjalan kaki sejak bulan Febuari 2012. Kini dah masuk bulan yang ketiga.  Kesihatan juga bertambah baik cuma tahap kecergasan itu belum teruji lagi. Mungkin betul, inilah peluang saya. Kalau peluang ini saya lepaskan, saya terpaksa menunggu setahun lagi untuk larian 2013. Kalau saya sahut cabaran ini, sekurang-kurangnya  tiket P 8753 berharga RM50.00 atas nama Yusmaiza Adly tidaklah sia-sia.575000_406558882710869_1943564991_n

Saya difahamkan, kawan saya Liza, Eugene, Ezra dan Martini juga akan berlari sama. Wah! semuanya masih muda dan aktif  berbanding saya. Inilah wajah-wajah mereka. Ezra adalah Polis Wanita. Banyak bersenam dan banyak aktiviti lasak. Saya percaya Martini memang atlet semasa muda. Dia berlari macam kuda. Larian 5km  boleh dia  sempurnakan dalam tempoh 25 minit sahaja. Tali Pinggang Hitam sukan karate pula tu. Ishhhh! menggerunkan. Liza juga atlet semasa muda. Bila berlari, kaki bergerak macam lipas kudung. Laju!! Dalam hati, saya mula berkira-kira ” saya pasti akan ketinggalan jauh kalau begini” tapi tidak mengapa. Itu bukan persoalan pokok. Yang penting saya dapat menguji tahap kecergasan saya setelah beberapa bulan mengambil produk. 540516_406573489376075_1145045903_n

Saya mula teruja. Keinginan untuk menguji tahap kecergasan itu memang ada tetapi  keyakinan untuk berlari sebegitu jauh masih rendah. Selama ini riadah dan aktiviti ‘fitness’ saya hanyalah  aerobik, zumba  dan  berjalan kaki. Saya dengar kawan-kawan kata, larian marathon juga memerlukan teknik.  Saya tidak tahu tentang itu. Pastinya saya akan jauh ketinggalan jauh tetapi Rano kata” Kak Jasmin kan  ada NW dan NRG. Manfaatkan semua produk itu. Inilah masanya untuk kakak buktikan bahawa produk  yang kakak ambil itu memang bagus. Rano menyakinkan saya dengan sungguh-sungguh. Kata-kata Rano membuat saya berfikir. Produk yang disebutkan itu memang  saya balun sejak 2 bulan lepas. Saya dimaklumkan produk itu memang sangat bagus tetapi saya perlukan pembuktian yang lebih. Dalam diam saya sahut cabaran. Saya akan berlari. Saya akan manfaatkan semua produk yang saya ada tetapi lebih baik kalau saya tahu pada tahap mana kepantasan yang boleh saya capai.  Oh! saya kena dapatkan kepantasan terlebih dahulu supaya esok saya tahu bermula dimana.SONY DSC

Yes! kepantasan masa perlu saya ambil. Sehari sebelum larian iaitu pada 5hb Mei 2012, saya ke Tasik Kompleks Sukan. Tujuan larian saya bukan untuk bersenam tetapi untuk menguji tahap kecergasan dan kepantasan masa yang  mampu saya catatkan.  Saya tidak tahu yang sehari sebelum melakukan larian jauh, saya sepatutnya berehat. Latihan hanya boleh dilakukan paling kurang 3 hari lebih awal. Ohh..saya sudah tersilap rupanya. Saya tengok masa pada jam tangan saya. Tepat jam 6.30 pagi.  Saya mulakan larian mengelilingi tasik  sebanyak 10 pusingan tanpa henti. 546177_406558292710928_438352518_nSetiap pusingan  bersamaan dengan 1km. Tepat jam 7.48pagi saya menamatkan pusingan yang ke 10. Ini bermaksud catatan masa kepantasan saya adalah 1 jam 18 minit. Dalam perjalanan balik, saya terserempak dengan Rano. Dia ingatkan saya ” Kakak patut hari ini berehat. Esok kakak pasti akan sakit kaki ni. Macam mana mau lari?” Saya hanya tersenyum. Saya sebenarnya puas kerana kini saya tahu setakat mana saya boleh pergi. Tidak seperti sebelum ini dimana saya tidak ada bayangan langsung tentang semua ini.62650_406579486042142_1194816200_nKalau tadinya sebelum berlari saya ambil shake, saya minum teamix, NRG dan NW. Begitu juga  sebaliknya. Dirumah, saya ambil segelas shake. Saya lebihkan kandungan F3 untuk merawat sebarang kecedaraan otot jika ada. Saya ambil  Omega 3 dan NW untuk mengembalikan  tenaga saya yang hilang. Selepas itu, saya tidur dan rehat sepanjang hari.. Keesokan harinya, alhamdulillah. Kaki saya tidak terasa kebas malah diperingkat ini keyakinan saya untuk berlari sudah mula meningkat. Suami saya kejutkan saya seawal jam 4pagi sebab jam 6pagi saya perlu berada di Kelab Nutrisi Liza Suriana Peter. Kami sudah berjanji untuk buat persediaan disana. Sebelum bertolak,  saya ambil shake, minum teamix dan NRG seperti biasa. Saya turut membawa bersama sebuah botol air  yang sudah dicampur dengan NRG, Teamix dan NW .

527965_406557886044302_1776540898_n-1

 

Tepat 7.00pagi , larian dimulakan. Kami bermula di Kompleks Sukan Likas sehingga ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan kembali. Tentulah pengalaman yang luarbiasa. Larian 10km saya di tasik semalam lebih mudah kerana permukaan tasik yang agak seimbang tetapi laluan ini agak mencabar. Keadaan permukaan laluan yang sentiasa berubah-ubah malah ada ketikanya pelari lain juga membuatkan larian saya terganggu. Terpaksa berhimpit dibeberapa kawasan kerana kami melalui jalanraya disepanjang larian. Larian pergi sejauh 5km agak mudah kerana pada masa ini tenaga masih ada untuk digunakan.531210_406562519377172_1647765670_n Sepanjang larian, saya tidak putus-putus meminum air sedikit demi sedikit untuk mengelakkan saya mengalami  ‘dehydration”. Matahari juga agak terik walaupun masih pagi. Baki larian 2 km yang terakhir menjadi sangat mencabar. Kaki saya mula terasa kejang tetapi saya gagahkan juga kerana saya nekad untuk menamatkan larian dengan masa kepantasan terbaik yang mampu saya lakukan. Maknanya saya tidak boleh lebih daripada catatan masa saya sebelumnya.

528589_406558439377580_1639434205_n

Sayang sekali,  kekejangan menyebabkan saya gagal mencapai tahap kepantasan masa saya semalam. Saya tamatkan larian dalam tempoh 1 jam 25 minit. Tujoh minit lewat berbanding masa saya semalam. Namun begitu saya berpuashati sebab saya telah melakukannya dengan sungguh-sungguh. Bukan saya seorang yang mengalami kekejangan otot. Martini dan Zalla juga mengalami masalah yang sama. Tengok tu, Zalla masih terduduk. Liza lagi hebat. Mengalami luka tangan kerana terlanggar entah sepis apa diatas jalanraya. Apapun pengalaman ini sangat bermakna dan bernilai untuk saya. Saya sedar tanpa, pengambilan produk yang sebegitu baik, saya tentu tidak mampu melaku