Tahun demi tahun, masa itu hadir dan pergi silih berganti. Ianya memberi kita ruang melewati sebuah perjalanan panjang, penuh warna warni, meninggalkan seribu pengajaran dan memberi peluang untuk kita melihat kehidupan itu dari banyak sudut.
..Walau ada ketikanya perjalanan itu sukar tetapi kita akhirnya sedar bahawa kesukaran itu memberi kita ruang untuk faham betapa kita adalah insan terpilih untuk ujud di atas muka bumi, berkongsi seluas ruang untuk sama bernafas, menikmati segala keindahan dan seterusnya merintis sebuah perjalanan..
Alhamdulillah.. tatkala tahun 2018 bakal menutup tirai, saya sempat menulis sedikit . Semoga tulisan ini, menjentik naluri anda agar melihat sejenak ke luar jendela, mengamati lewat perjalanan yang telah anda lalui..
….Tahniah untuk kebahagiaan dan kejayaan anda ditahun 2018…Semoga tahun 2019 menjadi tahun yang lebih baik, anda dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan…
..kepada anda yang sedang diuji, kehilangan keluarga tersayang, atau mungkin sedang dibelengu masalah kesihatan yang buat anda semakin letih, semakin berputus asa… Bersabarlah..Dengar suara hati … Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu dengan hikmah pelbagai yang tersembunyi..Allah maha mengetahui..
..Ditahun mendatang, semoga kita semakin dekat. Dekat dalam konteks ujudnya satu perhubungan maya yang sehat, saling hormat menghormati dimana kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan apa saja yang kita sama-sama kongsikan..Yang baik kita jadikan tauladan, yang kurang baik kita jadikan sebagai titik pembelajaran. Mudah-mudahan ianya mendorong kita merintis perjalanan hidup yang lebih baik..
Selamat tinggal 2018 dan salam damai 2019…
..mohon beri ruang yang secukupnya untuk saya bernafas ya..supaya saya boleh menulis lebih kerap dan lebih banyak perkara yang boleh saya kongsi dan kita hayati bersama…
‘Posting’ ini adalah yang pertama dalam tempoh dua tahun terakhir. Lama sangat saya menyepi. Benda apa saya buat ya?? terlalu sibuk kah?? Sibuk itu tidak…
..Cuma, hidup ini ada waktunya amat mencabar..Bila itu berlaku, seluruh tenaga bakal tertumpu kepada apa saja cara untuk mengatasi cabaran yang datang..
..malah dalam keadaan tertentu, cabaran itu lebih baik di biarkan berlalu begitu saja… Senyap seketika sambil menghimpun tenaga sebelum segalanya kembali kepada keadaan biasa..
Saya juga terima hakikat bahawa saya kini, bukan lagi saya lima tahun lepas. Semakin berumur, bukan sahaja kecenderungan dengan sendirinya berubah tetapi gaya hidup juga perlu diubah..Demi usia yang semakin lanjut, bukan sahaja perlu cukup tidur tetapi kualiti tidur juga perlu diambil kira….mungkin fitrah menjadi tua .. Sejak akhir-akhir ini, saya lebih banyak menyendiri..
Sesekali menumpang kasih dengan cucu bila ada rezeki dan kesempatan..Saya kira itulah fitrahnya dan demikianlah bahagian saya yang telah ditentukan..
..Diperingkat usia begini, penjagaan kesihatan adalah yang utama.. Segala-galanya perlu diambil kira. Makan, senaman, tidur, emosi, segalanya perlu dalam keadaan yang bersesuaian..
Berjalan kaki adalah rutin saya…perjalanan 5km, sekurang kurangnya 2 kali seminggu . Sesuatu yang wajib melainkan jika ada perkara yang menghalang..demi membina otot kaki yang semakin lemah..
..Makan juga perlu diambilkira. Jika dulu, makanan sedap adalah pilihan utama tetapi kini perlu berkorban untuk ketepikan keinginan….
..dan akhir sekali, Madu Kelulut Asli jangan dilupakan..
..selebihnya saya memilih untuk berada dirumah sepanjang masa.. melakukan kerja-kerja tradisional sebagai seorang wanita yang agak tradisional..
..tengok-tengokkan cik kelulut..tanam bunga, gambur tanah, tebas rumput rampai …
..Rutin itu berulang setiap hari..saya kira hidup yang sejahtera itu sepatutnya berlangsung begitu….tenang tanpa tekanan yang keterlaluan…
..bukannya kehidupan yang penuh dengan tekanan dan dibebani dengan emosi yang caca marba..
..Kehidupan itu sepatutnya untuk diraikan..untuk dinikmati, untuk dihargai..kerana kehidupan itu singkat, rapuh dan bila-bila saja ia bakal berakhir…
Akhir kata..Selamat Tahun Baru 2019..Semoga hati-hati anda terus mekar semekar bunga ini..
♥♥♥
..